Thursday, September 29, 2011

Potong Kuku IKUT SUNNAH NABI

Monday, September 19, 2011

Pilihanku ...


Dipersimpangan ini, aku bagaikan tidak dapat untuk membuat pilihan. Apakah yang harus aku pilih? Apakah pilihan aku nanti? Apakah ianya akan menjadi satu keputusan yang terbaik bagiku?

Teruskan bersamanya ataupun aku harus meninggalkannya?

Jika aku meninggalkannya, aku telah memungkiri janji-janji aku kepadanya. Bagaimanakah dia bila aku tiada untuk menyokongnya lagi? Apakah aku sanggup, mampu dan selesa tanpa dia?

Jika aku bersamanya, mampukah aku bertahan?

Segalanya bagaikan dilema bagi aku. Telah panjang aku fikirkan. Dulu juga aku tanpa dia, bersamanya juga bagaikan tidak bersamanya tapi aku terlalu sayang untuk tinggalkan dia. Aku selalu risaukan dia, aku takut bila nanti dia ada masalah, dia tiada tempat untuk berkongsi dan meminta pertolongan.

TAPI, selagi aku bersama dengan dia, aku yang akan menanggung sakitnya ..

Semoga pilihan yang bakal aku buat adalah pilihan dan keputusan yang terbaik bagi aku ...

Thursday, September 15, 2011

Kerana aku seorang LELAKI ...


Kerana aku seorang lelaki dan kerana itu aku dibiarkan begini, bersendirian tanpa penerimaan dan mungkin hanya ini yang layak kerana aku seorang lelaki. Kerana kau, aku sentiasa disini, kaku bersendirian dipersimpangan diantara dua jalan.

 Apakah sememangnya dipersimpangan diantara dua jalan ini yang ditakdirkan untuk menjadi penghentian bagi aku? Apakah aku tidak mampu dan tidak mempunyai kekuatan untuk meninggalkan keresahan ini? Apakah ini kerana janji aku sendiri yang mengurung dan merantai aku disini?

Jika aku kekal disini, kesakitan ini akan terus aku rasai dan jika aku memilih meninggalkan kau, apakah aku akan bebas dari keresahan ini, keresahan tanpa kau? Apakah aku akan selesa dengan perjalanan yang tiada kau?

Apakah tiada sedikit pun ruang untuk aku pada kau? Apakah kau sanggup melihat aku bersendirian dipersimpangan diantara dua jalan ini? Apakah tiada secebis perasaan simpati kau kepada aku? Apakah tiada sedikit pengorbanan untuk aku?

Aku sentiasa disamping kau, tiada pernah aku meninggalkan kau dan dari dahulu sehingga saat ini aku masih disamping kau, aku tidak pernah berubah.

Apakah kau mampu lakukan seperti aku lakukan? Apakah kau mampu berada ditempat aku?
Powered by Blogger.

Blogger templates