Wednesday, August 3, 2011

Adat Kehidupan Didunia ..




Adat kehidupan didunia, bila tidak berduit pasti tiada siapa yang akan pandang dan jika pandang pun hanya sebelah mata tapi bila berduit semua akan pandang, semua akan cari, itulah adat dan lumrah kehidupan didunia dari dahulu sehingga selama-lamanya ...

Apa yang aku bicarakan dan luahkan disini bukanlah untuk ditujukan kepada mana-mana pihak tetapi sekadar untuk sebuah penggetian ..

Aku telah hidup selama 24 tahun, aku meneliti dan memerhatikan segala-galanya. Demi Allah, sehingga saat ini hati aku masih lagi tersinggung, terkilan dan terlalu pedih apa yang aku rasa tapi aku percaya yang menanggungnya pasti lebih lagi tersinggung, terkilan dan pastinya lebih pedih dari apa yang aku rasakan ..

Bila aku teringatkan dan memandang abah aku, aku terasa sedih sekali dan ingin sahaja aku memeluknya dan berkata padanya ..

Abah, cukuplah .. kenanglah apa yang orang perlakukan pada kita, time abah senang dulu, sehingga ke masa abah susah dan sekarang kembali senang ...
Demi Allah, aku betul-betul terkilan dengan sikap manusia, dulu masa abah aku senang orang hormat dia, orang pandang dia, bercakap dengan dia pun berlapis tapi apabila time abah aku susah, perubahan sangat ketara aku lihat, tiada lagi macam dulu ...

Kini, alhamdulillah kesenangan kembali balik, walaupun tidak seperti dahulu tapi kami tetap bersyukur. Tapi kini segalanya bagaikan kembali, orang tu datang, orang ni datang .. kenapa? Kenapa time susah dulu jarang tunjuk muka?

Masih segar dalam ingatan aku, semasa mak saudara aku meninggal dulu, abah aku hanya nak pinjam kereta untuk iringin jenazah mak saudara aku balik, bukan nak bawak jenazah dalam kereta tu, tahu apa yang dijawab?

Kereta semua digunakan, carilah kereta lain ..
Ya Allah, peritnya hati abah aku. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, tapi sekarang siapa yang mencari siapa pula?

Aku tahu, abah aku juga seperti aku dan dia lebih terkilan dari aku, tapi dia hanya bersabar, bagi dia apa yang dia boleh bantu akan dia bantu tapi bagi aku, aku benci gila pada orang-orang yang perlakukan abah aku seperti itu. Aku ada hak dan aku tidak akan sesekali halalkan ..

Manusia, bila susah dilupakan dan bila senang dicari-cari ...

Tuesday, August 2, 2011

'A' Keduaku ..


Hadirnya kau, memberikan aku satu semangat yang baru, mengukirkan kembali sebuah senyuman dan melupakan aku kepada kisah silam yang lepas.

Namun, kehadiran kau bukan hanya untuk itu sahaja. Kau membawa sama kekesalan, membuatkan aku terus berharap didalam soalan yang telah terjawab. Bagaimanakah lagi harus aku lakukan untuk menghilangkan halangan yang tersedia kekal wujud ini?

Aku merasakan keperitan ini melebihi kisah silam yang lepas. Kau tahu aku mengharapkan kau dan segalanya telah aku luahkan, namun tiada sedikit pun sambungan cerita darimu. Cerita dan kata-katamu hanya sama dan tidak sedikit pun penghargaan dan penggetian yang ikhlas dari kau kepadaku ...

Mungkin, aku hanyalah sandaran bagimu ...

Monday, August 1, 2011

Numos Hidden File Tool 1.2.3.4


Numos Hidden File Tool 1.2.3.4

Kali ni aku nak kongsi satu software yang bernama Numos Hidden File Tool 1.2.3.4. Untuk pengetahuan korang, software diciptakan untuk menimbulkan balik file-file yang telah tersorok disebabkan virus. Tentu ada diantara korang semua yang pernah terkena, aku pun pernah terkena pada tahun lepas di KLMU.

Kebiasaannya ketara sekali dapat dilihat adalah pada thumb drive, dimana tiba-tiba file korang yang terdapat didalam thumb drive secara tiba-tiba hilang, kosong dan wujud pula file yang lain dan apabila korang lihat pada properties, used space korang masih ada, so kegunaan software ini adalah untuk menimbulkan balik file korang yang terhidden itu.

Cara menggunakan software ini, korang just copy atau cut software ini ketempat yang bermasalah seperti ke dalam thum drive dan klip je dan ni link untuk korang download .

Macam biasa kegunaannya atas tanggungjawab korang sendiri. Walaupun aku yang buat tapi aku tetap tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosokan jika ianya berlaku disebabkan software ni ...

ComboFix Vs Autorun.ink


ComboFix

Minggu lepas lappy aku dijangkiti oleh Autorun.ink. Semua thumdrive aku dijangkitinya, ni semua netbook adik aku punya pasal. Autorun.ink ni memang gila, korang pakai la antivirus jenis apapun, bila antivirus korang delate benda ni, xsampai 1 saat autorun ni muncul balik.

Aku siap guna software yang kill autorun lagi, macam-macam jenis aku gunakan tapi bila didelate tak sampai 1 saat muncul balik, bayangkan software yang aku gunakan delate autorun tu sebanyak 1123 kali tapi muncul juga, memang bala betul la. Kalau korang nak kenal autorun.ink nk pakai icon tingkap yang ada bulan dan namanya DrivesGuideInfo.ink



Pening giler aku masa tu, tak tahu macam mana nak musnahkan autorun tu. Tapi alhamdulillah, aku jumpe ComboFix. ComboFix ni macam antivirus tapi cara scannya agak macam ketinggalan zaman tapi ComboFix ni memang power gile. Antivirus lain gagal nak musnahkan autorun tu tapi ComboFix ni berjaya hapuskan, rupanya autorun tu ada mak dia, mak dia tu la yang lahirkan balik autorun bila antivurus delatekan (pada pandangan akulah).

Sewaktu aku terkena, punca penyebarannya adalah melalui thumbdrive dan selepas sahaja siap discan oleh ComboFix, aku gunakan Numos Hidden File Tool 1.2.3.4 untuk timbulkan saki baki autorun yang terhidden didalam thumdrive dan delate secara manual supaya ia tidak merebak ke lappy orang lain plak.

Kalau korang terkena dan korang nak musnahkan autorun tu, korang boleh download kat link bawah ni.

Tutorial yang aku ajarkan adalah sepertimana yang aku buat dan sepastinya aku tidak bertanggungjawab jika terjadi kerosakan terhadap lappy korang ek. ComboFix ni tool yang teramat power, sebolehnya jangan gunakan melainkan terpaksa, sebelum korang guna baca ni dulu http://www.bleepingcomputer.com/combofix/how-to-use-combofix

Tutorial dia macam ni :

- matikan antivirus korang
- tutup semua program
- install ComboFix
  * biarkan ComboFix scan
  * bila complate tanda selesai, log akan muncul
- uninstall balik ComboFix

Cara-cara Uninstall :

*pergi ke Start > Run
*Taip kat box

combofix /uninstall

***Untuk lebih detail sila ke http://www.bleepingcomputer.com/combofix/how-to-use-combofix

WinMen Folder Hidden


WinMen-Folder-Hidden, pernah dengar nama software ni? Pasal software ni pernah kuar dalam Majalah PC, yang bilangan ke berapa aku dah lupa. Aku saja nak kongsikan tentang software ni dengan korang terutamanya kepada tuan-tuan lappy yang dalam lappy tu penuh dengan file-file sulit dan apa-apa aje yang comel.

Kegunaan software ni adalah untuk hiddenkan mana-mana file yang korang nak hiddenkan. Tujuannya macam biasalah, taknak kasi orang tengok, almaklumlah kalau ada orang yang guna lappy kita mesti tangan dorang gatal duk nengok mana-mana file. Kalau tersilap terbuka file sulit, mesti tergolek malu la korang.

Aku galakkan korang guna software ni kalu korang nak sembunyikan file-file korang, kerana ada tiga sebab :

- ada password (boleh letak password korang)
- mudah guna
- yang penting free jer

Ohh lupa, boleh siap tukar-tukar warna lagi. Ni link software tu, download dan klip je maka terinstall la software ni.

Lappy Asus aku rosak ..



Bulan lepas lappy aku terpaksa dihantar warranty, kata orang yang baiki lappy aku kat kedai yang aku beli lappy tu, harddisk lappy aku rosak. Pelik jugak, macam mana boleh rosak. Mula-mula tu, kat skrin lappy aku keluar bluescrin, pastu window jadi not responding. Aku try restore balik kepada tarikh sebelum kejadian tapi still sama gak so aku antar je la kekedai untuk format balik.Sebelum aku antar, dengan gigihnya aku simpan semua file-file yang penting kedalam D:, termasuklah kesemua sofware-software penting aku.

Orang baiki tu janji dua tiga hari jer, hari ketiga masih tidak call akulagi so masuk hari keempat aku call la, rupanya sudah siap dah tapi dorang lupa nak call sebab alasannya ingat orang lain dah call.

Aku pergi la amik kat kat cawangan dia kat Mydin Mall Kuala Terengganu. Budak yang baiki tu pun nak tunjuk la yang lappy aku dah diformatkan, dia onkan lappy aku tapi lappy aku tak boleh on, terdiam budak tu, tiga kali dia cuba onkan tapi still tak boleh, pastu dia mintak maaf dan mintak aku datang balik petang karang.

Petang tu aku call tanya sama ada dah siap, dia cakap lappy tu dihantar ke kedai cawangan utama dia sebab
juruteknik nak bedah siasat dan bila siap dorang call balik, aku angkur je la. Dua hari kemudian aku call balik, dorang cakap lappy aku dihantar warranty ke center Asus kat plaza Imbi. Panas betul aku, nape dorang tak berani nak call langsung, file-file dan software-software mesti hilang punya.

Memang dah takdir selepas 2 minggu lebih lappy aku siap, kesian lappy aku macam orang hilang ingatan so aku terpaksalah install balik apa yang hilang.Kata tuan kedai tempat aku beli Seagate drive kat PV Walk, sepatutnya semua file-file dalam lappy aku tu diselamatkan dulu oleh budak-budak yang baiki lappy aku tu baru la dihantar warranty.

Dan apa yang penting sekali, aku memang panas gile kat orang yang baiki lappy aku tu, Microsoft Office 2007 aku kena masukkan key bali. Aku nak cari tang mana? Geram betul aku, bila aku call mintak,
dorang cakap kena hantar kat kedai biar dorang masukkan. Aku nak hantar masa bila, aku kat kL, takkanlah semata-mata untuk tu aku aku nak balik Terengganu.

Panas betul aku, ni pun aku taip pakai notepad jer ..

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Powered by Blogger.

Blogger templates