Hari ini genaplah 1 tahun.
Amir, Stanis, Ah Kaw, Wan, Zul dan Aizat, aku sayang korang semua !!
Bicaraku demi untuk sebuah pengertian ...
Untuk pengetahuan semua, saya telah berpindah ke alamat baru iaitu www.faisalmustaffa.com ...
Kehidupan! Hakikat kehidupan tidak seperti semudah sebutan dan ejaannya. Perjalanannya jauh dan pelbagai pekara yang menghiasi perjalanannya. Dari awalnya, kepada perjanjiannya, kepada perpisahannya, kepada perjalanan kita dan sehingga kepada pertemuannya kembali...
Amir, Stanis, Ah Kaw, Wan, Zul dan Aizat, aku sayang korang semua !!
Wahai kesayanganku, senja akan terus berulang, berulang dan terus berulang, membawa permandangan (pengajaran) yang berbeza dan jangan kau pandang senja kerana keindahan permandangannya (hanya keindahan) kerana jika kau pandang kerana keindahannya, kelak kau akan terpesona, terpesona pada keindahan permandangan yang tidak membawa pengajaran bagi kau .. [ kata Guruku ]
Wahai kesayanganku, pengajaran selepas pengajaran itu hanya akan membuat kau menggulanginya kembali, kerana manusia kebiasaannya akan melupakan pengajaran yang datang selepas pengajaran. Sesungguhnya pengajaran didalam pengajaran itu adalah lebih baik kerana ianya akan mengajari kau erti sebuah pengajaran yang sebenar-benarnya .. [ kata Guruku ]
Wahai kesayanganku, keindahan itu ibarat seperti bunga, baunya mampu membuatkan kau terpesona dan selepas kehilangan baunya, kau akan teringat-ingat akan baunya dan kau akan berharap dapat kembali pulang kepada saat kau menghidunya, sedangkan saat itu telah berlalu dan kau masih berharap dapat menghidu baunya dan kau berharap dapat memetik bunganya ..
Wahai kesayangaku, sesungguhnya pengajaran selepas pengajaran itu hanya akan membuatkan kau kembali mengulanginya dan sesungguhnya pengajaran didalam pengajaran itu adalah lebih baik bagi kau kerana pengajaran (kesedaran) didalam pengajaran akan membuat kau lebih berhati-hati dan tidak akan membuat kau merasai penyesalan kerana tidak dapat memetiknya ..
Wahai kesayanganku, sesungguhnya setiap pengajaran itu adalah sesuatu yang baik namun didalam dua pekara yang baik pasti ada yang terbaik diantara salah satunya dan apa aku katakan pada kau, kau peganglah. Sesungguh mendapat dan merasi pengajaran didalam pengajaran adalah sesuatu yang sukar, namun perhatikanlah ....... [ kata Guruku ]
" .... aku salah kerana terlalu berharap pada kau dan kau tidak pernah menghargai aku ... "Adakalanya, aku berharap dapat lupakan kau, dapat melupakan semua tentang kau tapi setiap kali aku cuba melupakan kau, makin kuat ingatan aku pada kau dan makin sakit yang aku rasakan. Aku terasa selama ini aku disamping kau hanyalah sia-sia dan apa yang aku lakukan untuk kau selama ini hanyalah suatu pekara yang tidak bermakna bagi kau ...