Friday, March 2, 2012

File Dalam Thumb Drive Hilang?

Numos Hidden File Tool 1.2.3.4

Kali ni aku nak kongsi satu software yang bernama Numos Hidden File Tool 1.2.3.4. Untuk pengetahuan korang, software diciptakan untuk menimbulkan balik file-file yang telah tersorok disebabkan virus. Tentu ada diantara korang semua yang pernah terkena, aku pun pernah terkena pada tahun lepas di KLMU.

Kebiasaannya ketara sekali dapat dilihat adalah pada thumb drive, dimana tiba-tiba file korang yang terdapat didalam thumb drive secara tiba-tiba hilang, kosong dan wujud pula file yang lain dan apabila korang lihat pada properties, used space korang masih ada, so kegunaan software ini adalah untuk menimbulkan balik file korang yang terhidden itu.

Cara menggunakan software ini, korang just copy atau cut software ini ketempat yang bermasalah seperti ke dalam thum drive dan klip je dan ni link untuk korang download .

Macam biasa kegunaannya atas tanggungjawab korang sendiri. Walaupun aku yang buat tapi aku tetap tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosokan jika ianya berlaku disebabkan software ni ...

Saturday, February 25, 2012

For the rest of my life ...

InsyaAllah ..

InsyaAllah ..
For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you ...

InsyaAllah, dan hanya itu sahaja yang mampu aku katakan dan seperti mana janji aku, seperti itulah aku sehingga saat ini, aku sentiasa menyokong kau dan aku sentiasa bersama kau walaupun sekarang ini aku jauh dari kau ..

Aku akui, adakalanya aku terasa terlalu penat kerana layanan yang aku terima selama ini tapi selagi hati ini masih berisi dengan kau, insyaAllah selagi itulah aku akan sentiasa dengan kau ..

Telah aku buktikannya sehingga kesaat ini .......

Thursday, January 5, 2012

Akar (pengalaman) Adalah Sebahagian Dari Kehidupan Kita ..


Kesayanganku, pengalaman itu adalah seperti akar pokok, jangan kau lupakan dan jangan kau cuba melupakannya kerana jika kau lupakan dan cuba melupakannya ibaratnya seperti kau mencabut akar dari sepohon pokok rendang yang subur dan kau akan mencacatkan kematangan dan kesuburannya .. kata Guruku
Sesungguhnya sebuah pengalaman bagi seseorang manusia itu adalah ibarat seperti sebatang akar dan semakin penting dan semakin bermaknanya sesebuah pengalaman itu maka semakin besarlah akar itu dan semakin pentinglah kepada kehidupan seseorang itu ..

Guru aku pernah berkata pada aku ..
Kesayanganku, jangan kau lari (lupa) dari pengalamanmu kerana pengalaman itu adalah sejarah yang akan mengajari erti sebuah kehidupan kepada kau dan tanpa pengalaman itu maka kau akan mengulangi sesuatu pekara yang sama kelak ..
Sememangnya telah menjadi lumrah bagi manusia, jika mereka mengalami sesebuah pengalaman yang pahit dan sedih maka mereka cuba untuk melupakannya dan sesungguhnya benar mereka dapat melupakannya tetapi sedar atau tidak, pada hakikatnya pengalaman mereka itu telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka yang kekal, seperti sebatang akak yang tumbuh dari sepohon pokok ..


Adakalanya, aku juga tidak terkecuali dari semua itu, aku juga cuba untuk melupakan sesuatu pengalaman yang pahit dan sedih. Dan adakalanya aku berjaya untuk melupakannya tetapi ia akan tetap muncul kembali, muncul sewaktu kita mengulanginya kembali dan muncul saat kita melihat dasar pengalaman seseorang yang bersamaan dengan apa yang kita alami dahulu ..

Sesungguhnya sesebuah pengalaman tidak akan dapat dibuang terus dari kehidupan kita kerana ianya adalah sebahagian dari kehidupan kita yang lalu dan tanpa pengalaman itu maka tiadalah kita menjadi diri kita pada hari ini dan sepertimana diibaratkan kepada sepohon pokok besar yang rendang, kekuatannya adalah dari akarnya yang menjalar terus kedalam tanah dan tanpa akar (pengalaman) itu maka pasti akan rebah kebumi apabila ditiup angin yang kuat ..

p/s : pengalam itu adalah sejarah, jika kamu lupa pada sejarah maka kelak kamu akan mengulanginya kembali..

Ucapan Tahun Baru & Nasihat Dari Teman ..


Tengku, selamat tahun baru semoga kau sentiasa berada didalam kasih dan sayangNya, mananya ucapan tahun baru kat blog kau, tak nampak pun, lupa post ekk? ..
Pertanyaan dari temanku membuatkan aku bagaikan baru terbangun dari tidur yang panjang, membuatkan aku terdiam sejenak, bagaikan terfikir sesuatu yang aku sendiri tidak dapat pastikan dan huraikan ..

Aku dah post la tapi kat Facebook ..
Tengku, adakalanya aku tak dapat hendak memahami kau dan adakalanya aku bagaikan sangat memahami kau .. 
Dia senyum pada aku sambil meletakkan tangan dibahu aku, aku juga adakalanya sukar untuk memahami dia dan adakalanya aku sangat memahami dia dan senyumannya saat itu sangat aku fahami maksudnya ..

Tengku, tahun telah berganti dan yang lalu telah kekal menjadi kenangan, kata-kata akan sentiasa terdengar-dengar tapi tidak akan mampu untuk diulang kembali rangkap-rangkapnya yang lepas ..
Aku terdiam, memikirkan kata-katanya yang berbunga-bunga ..

Tengku, aku tahu adakalanya sesutu pekara itu amat sukar untuk kita lupakan .. 
Dia sememangnya sentiasa memahami aku dan aku bagaikan tiada idea untuk berbicara dengannya, aku cuba lontarkan jauh-jauh perasaanku, jauh sejauh pemandanganku ..


Sahabat, adakalanya sesuatu pekara yang lepas itu tidak boleh dibiarkan dan tidak boleh dilepaskan, setiap sesuatu yang lepas itu adakalanya ibarat seperti akar pokok, ia menjalar dan terus menjalar dan akan sentiasa terus berkaitan dengan kehidupan kita buat selama-lamanya dan jika kita cuba melupakan sesuatu yang penting, ibaratkan seperti kita cuba mematikan dan menceraikan akar dari pokoknya dan kelak pokok itu akan tumbang ..
Tengku, apa yang kau katakan sememangnya benar, namun apakah akar yang berpenyakit akan tetap dibiarkan? Apakah ianya tidak akan memberikan kesan yang buruk kepada pokok tersebut? .. 
Sahabatku, apa yang kau katakan itu juga benar tapi apakah aku mampu? Biarlah akar tersebut reput dimakan tanah (masa) dan adakalanya masa itu adalah ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan kenangan (akar) yang sukar ..
Tengku, sepertimana yang kau katakan dulu, hanya pemilik diri mengenal dirinya, maka aku menerima apa yang kau katakan dan apa yang aku harapkan kau akan tetap seperti dahulu ..
Sahabatku, terima kasih atas perhatian kau dan aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada kau, semoga kau sentiasa berada didalam kasih dan sayangNya buat selama-lamanya .. 

p/s : Nampak sangat aku keras kepala, orang kata A aku kata B .. itulah aku dan aku akui kelemahan diri ini..

Wednesday, December 28, 2011

Demi Allah Aku Rindu ...


Hari ni dah 28 hari, sudah 1 bulan 1 hari aku tidak dengar kabar berita dari dia, setiap hari teringat pada dia, setiap hari aku usha Facebook dia ..

Bagaimana lagi harus aku buat? 
Apa lagi perlu aku tunjukkan? 
Bagaimanakah lagi perlu aku buktikan?  

Segalanya telah aku luahkan ..

Sunday, December 25, 2011

Bangunkan Aku Dari Tidurku ...



Mungkin tidur aku terlalu panjang sehinggakan aku bagaikan terperangkap didalam mimpiku, terperangkap didalam mimpi yang berulang-ulang, mimpi yang merantai seluruh jiwa aku ..

Bangunkan aku dari tidurku, sedarkan aku dari mimpi yang berulang ini ..

Apakah mimpi yang berulang ini akan sampai penamatnya atau apakah ianya akan kembali berulang dan akan terus berulang sehingga keakhir takdirnya? Segalanya telah tertulis dan aku akuinya segala adalah milikNya dan segalanya adalah kehendakNya ..

Aku cuba mebangunkan diriku dari tidur yang panjang ini dan aku cuba sedarkan diriku dari mimpi yang berulang ini, namun segalanya bagaikan terantai kemas. Rantai yang terlalu kukuh, terlalu berat dan teramat sejuk sehinggakan aku kembali kepada tidur panjangku ..


Bangunkan aku dari tidurku, sedarkan aku dari mimpi yang berulang ini dan lepaskanlah aku dari rantai yang berat ini ..

Kepada siapakah? Tiada siapa yang mampu dan sehingga kini aku masih menyusung doa-doaku ...

Tuesday, December 20, 2011

Kenangan Dihari Lahir Ke-24 ...



Sebelum aku mula merepek dalam ni, pertama sekali aku ucapkan terima kasih kepada semua yang ucapkan Selamat Hari Lahir buat aku ..

Mekasih sangat-sangat ..

Pada 18 hari bulan tu, aku dengan keluarga pergi hantar adik perempuan aku yang pertama ke Politeknik Muadzam Shah so selepas hantar dia, abah aku sewa la hotel kat bandar Rompin tu sebab besok sebelum balik ke Kuala Terengganu, nak jumpa la dulu adik perempuan aku tu ..

Opss sebelum terlupa, aku ucapkan TAHNIAH sebab dapat sambung diploma kat sana ..

Dalam area pukul 7 malam tu aku mula rasa sakit kat bawah tulang rusuk kanan aku ni, ni kali kedua aku rasa sakit, yang pertama dulu masa kat rumah mak saudara aku kat Perlis tapi masa tu tidak la sesakit macam ni (nenek aku duk sapu ubat sampai aku tidur).

Sakit punya sakit, aku tahan la maklum la aku nikan lelaki so sakit sangat pon tak boleh nangis. Adik aku kat katil sebelah duk lena tidur dan aku plak tak tahu nak buat apa, baring sini sakit baring sana sakit, pendek kata memang sakit .. buka Facebook, sempat la menjawab mane orang yang ucap Selamat Hari Lahir kat aku tu, sambil tu aku search la kenapa sakit kat bahagian bawah tulang rusuk kanan .. tak tahu nak baca yang mana sebab sakit sangat aku pun shut down lappy ni ...

Aku bergolek kiri, bergolek kanan, masuk tandas keluar tandas .. sakit makin terasa pulak, aku masej la si Cikgu Aina (kawan kepada ex aku dulu). Aina ni memang baik orangnya, aku banyak mengadu kat dia bila aku ada masalah dan bila aku sakit hati dan geram, kat dia juga la aku lepaskan marah ..

Ina adalah sahabat perempuan terbaik .. teristimewa ..

Aina suruh aku cakap kat abah aku tapi aku ni segan la, maklum la aku ni tidak pernah sakit macam ni, aku bimbang kena tahan kat wad jer, lagilah aku ni ada sulong so aku tak mahu la manja-manja sangat. Aku pon tahan la sampai abah aku call ajak kuar makan, nak tak nak kat bawah hotel aku tanya abah aku kenapa sakit kat bawah rusuk kanan. Abah aku tanya aku sakit ke, aku macam biasa jawab sakit gitu-gitu jer, dalam kereta still lagi tanya .. jawapan aku still sama ..

Sampai kat kedai, pesan makan .. makan belum abis, sakit ni makin menjadi-jadi, aku pergi ke kereta kononnya nak minum air mineral dalam kereta, kantoi ma dengan abah aku ikut so hospital la jawabnya ...

Kena tahan kat wad hampir 2 jam ... (sori aku tidak dapat nak replay masej2 ucapan yang masuk)

Besok kena pergi hospital lagi .. sambung kat Kuala Terengganu pulak ...
Powered by Blogger.

Blogger templates