Tuesday, April 20, 2010

Tasawwur Islam Bukan Tasawuf

oleh Ibnuyaacob

Dewasa ini kita amat bersyukur semakin ramai golongan belia khususnya remaja tanpa mengira jantina sudah mula membuka minda mereka ke arah isu-isu konspirasi. Walaupun kebanyakan hujah adalah berasaskan teori dan tanggapan rawak tetapi kecenderungan mencari maklumat dan menyelitkan serba sedikit artikel konspirasi di dalam blog peribadi amat membanggakan.

Namun begitu, di dalam keterujaan mendalami isu-isu konspirasi ada juga yang terpengaruh dengan putar belit konspirasi barat yang sering memandang serong kepada syariat Islam khususnya golongan ulama.

Ianya adalah berkaitan ilmu tasawuf. Blog-blog konspirasi barat secara umumnya termasuk Texe Marrs, Alex Jones memerhatikan amalan golongan sufi sebagai salah satu persamaan dengan amalan mistik kelompok pengamal Kabbalah. Mereka mengkategorikan ilmu-ilmu kesufian (tasawuf) sama sebagai Islamic Mystic dan Islamic Kabbalah. Mereka menganggap tasawuf adalah kabbalah versi Islam.

Tanggapan Silap tentang Tasawuf

Permasalahan yang timbul ialah golongan remaja menulis di dalam blog-blog peribadi mereka bahawa mata pelajaran Tasawuf sudah dipelajari di peringkat sekolah. Oleh itu, ianya tidak perlu diperdebatkan lagi. Pada pandangan golongan remaja ini subjek Tasawwur Islam itu adalah Tasawuf. Kedua-duanya sama.

Tambahan pula mereka membaca di media-media tabloid ungkapan-ungkapan tasawuf sesat, ajaran tasawuf menyeleweng dan sebagainya, maka ia sedikit sebanyak menambahkan lagi kecurigaan mereka terhadap istilah tasawuf tanpa mengetahui maksud sebenar.

Apa yang dipelajari di sekolah berkaitan subjek Tasawwur Islam dilihat berbeza dengan ajaran Tasawuf. Mereka melihat di dalam amalan golongan Tasawuf seperti berzikir beramai-ramai, beruzlah di dalam hutan, berpakaian compang-camping amat berbeza dengan sukatan yang mereka pelajari di sekolah. Oleh itu, mereka secara langsung menyimpulkan ajaran Tasawuf sebegini sesat.

Hal ini amatlah mendukacitakan walaupun yang beranggapan demikian bukanlah menjangkau angka majoriti. Kami melihat, perkara kecil ini suatu yang membahayakan kerana ia boleh menimbulkan sedikit rasa buruk sangka kepada golongan-golongan pengamal tasawuf.

Perkara ini akan menjadi lebih bahaya kepada golongan belia muslim khususnya yang tidak mempunyai pengetahuan asas tentang agama dan bukan berpendidikan aliran agama. Kita bimbang mereka membesar dengan mempunyai tanggapan negatif terhadap tasawuf.

Kita juga amat bimbang apabila golongan belia ini lebih dahulu mengenali konspirasi dari mengenal ilmu tasawuf.

Ilmu Tasawuf dan Pendidikan Kebangsaan

Sesetengah remaja atau belia (mungkin juga golongan tua sekular) suka beranggapan bahawa ilmu tasawuf sudah pun dipelajari diperingkat sekolah. Mereka mengandaikan mata pelajaran Tasawwur Islam yang terdapat pada tinggkatan 4 dan 5 itu adalah ilmu Tasawuf.

Suka kami tegaskan di sini, Tasawwur Islam bukanlah Tasawuf. Ia seperti langit dan bumi.

Tassawur Islam adalah nama mata pelajaran Elektif yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Kebangsaan. Pelajar bukan Islam juga boleh menduduki peperiksaan untuk mata pelajaran ini. Manakala Tasawuf pula adalah nama salah satu dari tiga cabang agama Islam.

Islam terdiri daripada tiga tiang agama iaitu Tauhid, Fekah dan Tasawuf. Seseorang Muslim hendaklah mempelajari agama Islam mengikut turutan ketiga-tiga ini. Pertama memahami dan mengenal Tuhan melalui kitab-kitab Tauhid, kedua, mempelajari Fekah dan ketiganya menyempurnakan dan melindungi kedua-dua ilmu Tauhid dan Fekah tadi dengan ilmu Tasawuf.

Perbezaan Takrifan Tasawwur Islam dan Tasawuf

Di dalam hal pentakrifan, kedua-duanya mempunyai maksud yang sangat berbeza. Tasawwur berasal di dalam istilah Melayunya bermaksud Gambaran (jika huruf shod disabdukan). Tetapi di dalam kamus Dewan edisi Arab-Melayu, tasawwur diistilahkan dengan maksud yang berbeza iaitu lebih kepada suatu aspek psikologi.

Bagi perkataan Tasawuf pula, ia berasal dari tiga huruf utama shod, waw dan faa. Ketiga-tiga ini membentuk perkataan yang berbunyi shofa (bersih) atau sufi (suci). Maka istilah Tasawuf adalah kalimah yang telah menerima imbuhan yang membawa kepada istilah khusus untuk ilmu-ilmu kejiwaan.

Ilmu tasawuf juga dikenali dengan pelbagai istilah seperti ilmu ma’rifah, ilmu batiniah, ilmu al-qulub, ilmu al-hal, ilmu al-yaqin dan sebagainya.

Perbezaan ilmu Tasawwur Islam dan Tasawuf

Di bawah ini adalah ringkasan sukatan mata pelajaran Tasawuf

1. Asas Pemikiran Islam
2. Pandangan Hidup Islam
3. Institusi Islam
4. Ekonomi Islam
5. Falsafah Perundangan Islam
6. Penyelesaian Masalah


Intisari perbezaan ilmu Tasawwur Islam dengan Tasawuf

* Sukatan pelajaran Tasawwur Islam boleh berubah-ubah mengikut masa dan ia dibina oleh guru-guru agama berpengalaman dan bukan bertaraf Ulama dan wali.

* Berbeza dengan ilmu Tasawuf, ia menekankan praktikal kejiwaan, amalan zikir berjemaah, pengijazahan tarekat dan pelbagai lagi amalan hati yang sangat-sangat jarang diketemukan.

* Ilmu tasawuf dibina intisarinya oleh ulama-ulama yang mursyid, mujahid, wali dan majoritinya adalah golongan yang sangat makbul doa mereka dan dilimpah kurnia karamah yang banyak tidak sebagai mana orang-orang awam. Misalnya Ibnu Arabi, Ibnu ‘Atiullah, Imam Al-Ghazali, Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi, Syeikh Qadir Al-Jailani, Syeikh Abdullah Daud Al-Fatani.

* Sebahagian besarnya juga pernah berjumpa Rasulullah SAW, Nabi Khidir secara sedar dan mimpi mengikut tahap kewalian masing-masing.

* Pengamal ilmu tasawuf secara intensif seringkali dihadiahkan Allah keramat-keramat yang tidak dipunyai oleh orang awam manakala pelajar yang mempelajari subjek Tasawwur Islam adlaah bagi tujuan pemahaman dan peperiksaan sahaja.

Silap Faham Terhadap Ahli Tasawuf

Sesetengah orang menganggap golongan tasawuf sangat bahaya dan suka mengintai isi hati orang. Sebenarnya bukanlah tujuan pengamal tersebut untuk membaca isi hati orang tetapi ia adalah anugerah Allah kepada si pengamal di atas kesungguhannya beribadah dalam mendekati Allah.

Ahli Tasawuf juga martabatnya lebih tinggi dari Ahli Fekah kerana seluruh kehidupannya berfokus pada menumpu pengabdian diri kepada Allah semata.

Hatta Imam Syafie r.a. sekali pun ada ketikanya bila menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah-masalah fiqh, beliau akan mencari ulama-ulama sufi untuk menenangkan jiwa.

Malah menurut Syeikh Abu Talib Makki dalam kitab masyurnya, Qutul-Qulub, para ulama zahir apabila menghadapi masalah dalam menentukan hukum (masalah fiqh) maka mereka akan merujuk masalah tersebut kepada ulama tasawuf, sebab golongan ini dianggap lebih hampir kepada hidayah, jauh dari maksiat dan tidak dikuasai nafsu.

Tidak Semua Guru Agama Belajar Tasawuf Secara Praktikal

Seperti pada artikel terdahulu, hal-hal tasawuf janganlah ditanya di dalam internet walaupun ada ustaz-ustaz yang membuka blog untuk ruangan bertanya. Kita bimbang ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi jawapan yang boleh mengelirukan pemahaman belia tentang tasawuf.

Pada pandangan kami, jika seseorang ahli agama itu benar-benar mendalami ilmu tasawuf maka ia tidak akan sesekali membuka ruang soal jawab di internet.

Semua orang menganggap apabila seseorang itu bergelar ustaz atau ustazah maka semua ilmu agama akan dipelajarinya. Hendaklah kalian berhati-hati dalam hal ini kerana hal yang demikian bisa mendatangkan ketaksuban yang tidak terperi kesannya pada kehidupan si penanya.

Kami tidak nafikan ada sesetengah guru agama menjadi penyebab utama kepada ketidakfahaman belia kepada ilmu tasawuf. Kami berani katakan hanya 0.01 peratus guru berpendidikan agama di Malaysia termasuk lepasan Timur Tengah yang belajar ilmu tarekat secara intensif.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Tasawwur Islam amat jauh bezanya dengan ilmu Tasawuf walaupun subjek Tasawwur Islam itu juga dinisbahkan ia dalam bab ilmu-ilmu pengetahuan. Namun begitu, tingkatan ilmu dan taraf kemuktabaran ilmu itu haruslah difahami terlebih dahulu.

Wallahu’alam…

P/S : Diharap artikel yang sangat kecil ini dapat menjernihkan tanggapan silap tentang ilmu Tasawuf dikalangan remaja.

Thursday, February 25, 2010

TIADA LAGI DOA (SATU PENJELASAN)

Aku sesat?
Terkeluar agama?
Mewujudkan fahaman baharu?

Huh! Ada aku peduli dengan semua tuduhan tu? Aku langsung tidak perduli dengan semua tu. TIADA LAGI DOA DALAM HIDUPKU adalah hak aku! Apakah kalian yang memberikan komen itu sudah memahami erti adab? Adakah jika aku tidak berdoa meyebabkan iman aku terbatal? Jika ya berikan aku dalil yang sewajarnya .. jangan hanya sekadar pandai berkata2 sahaja!

Banyak sebab yang menyebabkan TIADA LAGI DOA DALAM HIDUPKU.

Aku mengakui dengan jelas dan nyata bahawa aku adalah hamba Allah! Tentu kalian juga mengakui yang kalian hamba Allah juga tapi pengakuan aku jauh melebihi kalian! Sebagai hamba Allah, aku mempunyai perasaan bimbang kalau2 doa2ku menjadi satu tuntutan kepada Allah.

Adakah kalian penah berfikir dengan halus setiap doa2 yang kalian pinta sama ada selepas solat mahupun diluar solat? Penah kalian perhati dengan teliti setiap doa2 kalian? Pastinya tidak! Jika kalian perhatikan dengan halus pasti akan wujud kebimbangan dihati kalian sama seperti kebimbangan dihati aku! Doa bukanlah satu tuntutan!!

Aku berani untuk mengatakan bahawa setiap kata2 didalam doa2 kalian adalah satu tuntutan! Sama ada kalian sedar mahupun tidak sedar!

Kita manusia yang mengakui sebagai hamba Allah seharusnya pandai meletakkan diri ditempat yang sepatutnya sebagai hamba, bukannya menjadi hamba yang biadab!!

Renungilah apa yang aku katakan ... Jangan menjadi hamba yang biadab dengan membuat tuntutan! Doa bukanlah satu tuntutan!!


Wednesday, February 24, 2010

Jika Hati Ini Boleh Dikeluarkan!


Jika hati ini boleh dikeluarkan ..
akan dirobek dada ini .. dikeluarkan hati ini .. dibersihkan, dibungkus cantik2 didalam kotak yang paling canti dan paling istimewa .. akan aku berikan ianya kepada yang dirindui, semoga ia bahagia bersamanya .. tapi adakah yang dirindui akan menjaganya sepertimana aku sentiasa berbicara dan bergurau senda dengannya??

crying heart ..


Hati yang terluka tiada siapa yang mengetahuinya .. tiada bicara yang dapat mengambarkan perasaan hati .. bila tangisan tidak berair mata ..

Hanya senyuman yang menjadi topeng untuk menutupi tangisan sekeping hati ...

Tuesday, February 23, 2010

Tiada Lagi Rintihan!!

Kini tiada lagi seperti dahulu .. nasihat penasihatku berlegar2 menjadi penguat Imanku .. tiada lagi rintihan didalam doaku ... tangisan tatkala dilanda ujian tetap ada namun tidak lagi berair mata seperti dahulu .. hanya kadang2 bila hati mula berbicara maka berlinanglah air mata kerana sayu mengenangkan kasihsayang Allah s.w.t terhadap diriku yang sentiasa lupa ...

Tiada lagi rintihan didalam doa .. malahan tiada lagi doa didalam hidupku .. aku mengajar diri supaya malu dan segan kepada Allah s.w.t .. malu meminta sesuatu kehendak hati yang berkiblatkan duniawi ...

Hati sentiasa merintih .. merayu aku memahaminya .. nafsuku membentak-bentak sambil menghinaku .. mengatakan aku tidak layak untuknya .. ahh! semuanya berkiblatkan duniawi .. akan aku tundukkan kamu .. supaya kamu melutut! memahami dan berkehendak sama seperti hakikat aku yang sebenar .. berpegang pada janji2 dahulu ...

Mampukah aku? Bisakah aku menafikan perasaan hati dan kehendak nafsu?? ..

Menagih Janji Pada Yang Berjanji ..

Sememangnya pada hakikatnya apabila ada yang berjanji pada kita pastinya kita akan menagih janji tersebut supaya dikotakan sama ada tagihan itu dari bicara mulut, kelakuan dan mahupun desiran hati kecil ..

Tapi adakah kita perduli pada janji2 kita pada KhaliQ dahulu? Huh! pasti ada yang garu kepala sambil tertanya2 apakah janji2 kita pada KhaliQ dahulu ..

Sesungguhnya perjanjian kita dahulu tidak dapat dibicarakan dan tidak dapat diungkapkan walaupun dilebarkan penulisan ini sehingga keakhir usia dunia .. memperakui-Nya, mengenali-Nya, mempertahankan agama-Nya dan pelbagai lagi ... terlalu banyak untuk diungkapkan ...

Bila saat Allah mempersoalkan janji2 kita dahulu .. dimanakah kita akan berada kelak? sanggupkah ke neraka? layakkah ke syurga? ...

Huh! terlalu banyak pekara yang kita lupa, sengaja lupa, berbuat lupa dan alpa! Bila Allah mempersoalkan ttg Islam kita kelak, bagaimanakahkah hendah kita jawab? adakah masih hendak berputar belit seperti didunia ini? bagaimanakah bila soal Iman dipersoalkan? mampukah kita jawab? wujudkah Iman kita sebagai peguam kita kelak?

Ahh! terlalu rumit ..

Saturday, February 20, 2010

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia. 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Powered by Blogger.

Blogger templates