Wednesday, July 27, 2011

Dua Nama Yang Bermula Dengan ‘A’ Dalam Hidup Aku.



‘A’ yang pertama, sehingga kesaat ini aku masih lagi menggingati dia. Dulu sayang aku pada dia terlalu besar sehingga aku diamkan diri aku selama 2 tahun dan selama 2 tahun itu aku menaruh harapan yang tinggi, berharap keindahan Ramadhan yang lalu itu kembali lagi.

Kini Ramadhan bakal kembali lagi, mungkinkah keindahan  lalu akan kembali lagi. Tidak, pastinya ia tidak akan kembali lagi, cuma yang pasti kembali hanyalah kenangan yang lalu, kenangan indah yang merantai setiap helah nafas hati.

‘A’ yang kedua, hadirnya dia bagaikan membuka ikatan-ikatan yang merantai setiap helah nafas hati. Kehadirannya membukakan ruang bagi aku untuk melupakan kenangan yang lalu. Menyalakan kembali semangat diriku dan mengukirkan kembali senyumanku.

Sebagai tanda menghargai kehadirannya, aku berkorban demi dia. Aku melepaskan apa yang aku miliki demi dia dan aku sentiasa ada tatkala dia memerlukan aku, tidak pernah sekalipun aku menolak tatkala dia memerlukan pertolongan.

Tapi sayangnya, semuanya hanya sementara. Aku merasakan kehadirannya hanyalah untuk menjadikan aku sandarannya sewaktu kesusahan. Aku sentiasa ada untuknya tapi pada dia, aku hanyalah sandarannya.

Apakah ini hanya yang layak bagi aku?

Kini segalanya telah kembali, setiap helah nafas hatiku kembali terantai, rantaian yang terlalu kemas yang membuatkan aku sukar untuk bernafas.

Ini dugaan yang besar bagi aku. Aku berharap kesakitan yang dirasai hatiku ini ditukar kepada kesakitan pada diri … dan sememangnya itu telah ditakdirkan …

Monday, July 25, 2011

Aku sentiasa ada ..


Aku sentiasa ada untuk dia. Aku sentiasa bersedia untuk menolongnya dan tidak pernah sekali aku menolak setiap kali dia perlukan pertolongan daripada aku. 

Saat aku diperlukan, aku akan dicari tapi selepas itu aku diketepikan. Tapi aku tetap sentiasa disini, menerima dengan terbuka kehadiran dia. Aku diperlakukan seperti basikal buruk. Mungkin itulah aku disisi dia.

Aku sentiasa ada untuk dia tapi dia tiada untuk aku.


Friday, February 18, 2011

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA ..


  • Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  • Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  • Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  • Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  • Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  • Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  • Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari @ mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  • Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukarmana permintaan mu.
  • Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  • Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  • Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
 P/S : Ingatlah, walaupun kamu tidak pernah mencintainya, janganlah kamu kecewakannya kerana perasaan cintanya pada kamu terlalu berat dan terlalu pedih untuk ditanggungnya ..

Tuesday, September 28, 2010

MENITI JEJAK KENANGAN(MASA) YANG MEMATANGKAN FIKIRAN.

27/09/2010

Seingat aku telah berbelas-belas tahun lamanya aku tidak menggunakan perkhidmatan bas untuk ke Marang tapi pada petang itu aku menggunakan bas pergi ke Marang. Semasa di perhentian bas, menunggu bas ke Marang. Kenangan dahulu kembali diingatan, terkenang suasana sewaktu masih kanak-kanak lagi.

Bila hari minggu Ma akan bawa aku dan adik-adik ke Marang menggunakan perkhidmatan bas, untuk bermalam dirumah nenek (mak). Waktu tu arwah datuk (ayah) masih ada lagi. Dari rumah lama diperkampungan nelayan Marang sehinggalah ke pertempatan baru Sungai Kerak Marang.

Teringat lagi betapa sukanya bila menaiki bas dari rumah ke perhentian bas dibandar dan menanti bas untuk ke Marang. Suasana dahulu bagaikan kembali dan sehinggakan terasa udara zaman tersebut melalui rongga hidung. Kuala Terengganu sememangnya telah banyak berubah. Aku memang bangga menjadi anak jadi Kuala Terengganu.

Dalam menanti ketibaan bas. Fikiranku meniti kembali jejak-jejak kenangan (masa)yang telah meninggalkan aku. Sesungguhnya masa mematangkan fikiran manusia dan masa sememangnya banyak melakukan perubahan (sepertimana yang ditetapkan Allah s.w.t).

Sebagai seorang manusia. Aku berusaha untuk mematangkan pemikiranku supaya setaraf dengan umur jasabku dan aku cuba untuk mematangkan pemikiranku juga supaya ianya setaraf dengan usia rohku. Aku berusaha untuk menggeluarkan akalku dari dimensinya yang terhad kepada dimensi yang lebih luas tapi usaha ini hanya sia-sia jika memaksa akal untuk keluar dari dimensi pemikirannya tanpa bantuan dari hati.

Pemikiran akal berubah dari skop kepada skop melalui perubahan masa dan perjalan hidup, namun perubahan akal hanyalah sekadar didalam dimensinya sahaja. Dari skop kampung kepada skop daerah dan dari daerah kepada negeri dan dari negeri kepada skop negara dan dari skop negara kepada skop benua dan akhirnya kepada skop dunia. Dunia (dimensi) akal yang terbesar dan akal tidak mampu lagi keluar melebihi skop tersebut tanpa bantuan dari hati. Dimensi akal terlalu terhad, dunia adalah skop tertinggi bagi akal. Mungkin ada yang tidak setuju dengan pendapatku tetapi itulah pendapat yang aku perolehi daripada perjalanan kehidupanku.

Manusia (termasuk aku) berusaha untuk meluaskan skop-skop akal dengan ilmu dan dengan ilmu itu manusia berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap kebolehan akal mereka masing-masing dengan pengikktirafan sijil, diploma, ijazah, master, Phd dan seboleh-bolehnya ingin bergelar Profesor (cita-cita aku Profesor Dr. Tengku Faisal ). Pengiktirafan itu sememangnya syarat yang wajib dan muthlak bagi kehidupan dunia hari ini.

Masa dan perjalan hidup mematangkan pemikiran aku. Satu demi satu perubahan besar berlaku didalam kehidupan aku dan antara perubahan besar yang amat aku rasai adalah pemergian arwah ibu saudaraku pada bulan Ramadhan yang lalu.

Sebagai seorang manusia Islam, aku harus menerima setiap perubahan ini dengan hati yang terbuka dan setiap dugaan yang berlaku adalah takdir yang teguh, pemberian yang terbaik dan paling baik dari Allah s.w.t. Aku cuba menggatur langkah ini dengan sebaik mungkin dan aku cuba menggeluarkan akal ini dari dimensi yang terhad ini kepada dimensi yang lebih luas dengan bantuan dari hati.

Aku bersyukur dengan setiap dugaan yang datang kerana setiap dugaan itu membuatkan pemikiranku (akal) kembali kepada ketentuan (hati). Dimensi akal adalah pandangannya dan pandangan akal adalah berasaskan kepada logiknya (pandangan) dan apabila sesuatu pekara (dugaan atau musibah) itu berlaku maka keadaan (dugaan atau musibah) yang tidak dapat dibanteras atau diselesaikan oleh akal akan menyebabkan dan memaksa akal itu untuk tunduk dan pulang kepada ketentuan (hati). Setiap dugaan atau musibah yang Allah s.w.t aturkan adalah sebagai pengajaran dan teguran kepada akal agar ia tunduk dan pulang bersekutu kepada hati dan meninggalkan nafsu. Lumrah manusia sentiasa lupa dan alpa. Bila keadaan kembali kepada asal maka akal akan turut kembali meninggalkan hati (insaf) dan kembali dengan caranya (bersekutu dengan nafsu).

Aku kembali kepada awal kejadian akal. Aku meneliti kepada ucapan pertama akal “aku adalah hamba-Mu dan Engkau adalah Tuhanku”. Maka aku melihat dan meneliti kepada keadaan akal pada waktu (belum berwaktu) itu dan aku dapati akal pada waktu itu bersendiri ‘bersifat akal’ tanpa sebarang campur tangan daripada nafsu. Aku kembali pula kepada diri manusia dan aku bandingkan akal yang bergerak seiringan dengan masa ini dengan keadaan awal kejadian akal. Sungguh berbeza keadaannya. Akal yang bergerak seiringan dengan waktu (yakni bila berada didalam jasab) tidak mampu berdiri dengan teguh seperti sewaktu ucapan pertamannya dahulu kerana pengaruh daripada nafsu.

Aku cuba mengengkang akal agar tidak terpaut dengan bisikan nafsu tetapi sayangnya ia gagal. Aku cuba pautkan akal dengan hati tetapi hanya sementara sahaja. Aku kembali kepada peringkat kepada peringkat untuk mencari caranya. Aku kembali kepada diri dan aku perhatikan kedudukan tiga pekara didalam diri yakni akal, hati dan nafsu. Aku perhati didalam diri ini, akal duduk ditempat yang tertinggi manakala hati ditengah dan nafsu dibawah. Aku terdiam mencari jawapannya dan sekali lagi aku kembali kepada diri dan mencari pada setiap sudut diri dan akhirnya aku melihat kepada tanda penyaksian (solat) diri. Aku melihat semua sudut penyaksian (solat) dan meneliti kemas pada satu sudut solat iaitu Ruku’ dan itu jawapannya pertamanya. Tundukkan akal kepada ketentuan (hati) dengan meluruskan akal terus kepada kedudukan hati dan jawapan keduanya selepas proses pertama ialah Sujud  iaitu menaikkan kedudukan hati melebihi kedudukan akal agar didalam setiap pekara hati mampu menasihati akal dan sememangnya ia sangat tepat dengan nasihat petama dari Guruku “kekalkanlah penasihat (akal) pada layaknya dan kekalkanlah raja (hati) pada tahtanya dan jika sebaliknya maka binasalah kerajaan (diri). Mahkota (agama) hanya milik bagi si raja (hati) dan penasihat (akal)hanya sebagai penasihat (ilmu-ilmu dunia). Berikan raja
(hati) haknya (kedudukan)  …”


Banyak pekara yang aku pelajari dari kehidupan ini. Segala pengalaman yang aku perolehi aku simpan sebagai pelan backup untuk suatu hari nanti tetapi sebagai manusia biasa aku harus akui kelemahan diri.  Apa jenis pelanpun yang aku sediakan ia tetap tidak mampu melawan perancangan Allah s.w.t .

Sewaktu aku menaiki bas. Aku masih ingat lagi, Ma akan memilih tempat duduk berdasarkan kedudukan matahari kerana kata Ma “nanti tempat duduk kita tak panas kena cahaya matahari” . Aku telah lupa sama ada tempat duduk disebelah kiri atau kanan. Sesungguhnya kenangan memang banyak mengajari aku tapi kadang-kadang tu aku tetap tersilap, namun apa yang penting pandangan (pemikiran) aku sekarang tidak seperti dahulu lagi.

Dalam perjalanan ke Marang, banyak kenangan lama yang menjelma kembali. Bas yang aku naiki ini bas Dungun dan dia pastinya pernah menaiki bas ini. Didalam bas ni aku bagaikan dapat merasai nafasnya. Ingatan pada dia tidak pernah aku lupakan dan jika aku mampu kembali seperti dahulu, akan aku cerita segala-galanya yang aku ketahui dan aku akan bebaskan segala rahsia yang terkandung ini kepadanya, agar kelak aku dan dia tidak akan berpisah selama-lamanya. Tapi takdir Allah s.w.t amat teguh, usaha aku tidak akan mampu merubahnya.

Banyak pekara yang ingin aku kongsikan tapi perjalanan aku ke Marang yang pendek itu terlalu banyak kenangan yang muncul dan jika aku tuliskan pun tentu makan banyak muka surat. Jari pun dah letih menaip tapi apa yang pastinya aku tidak akan sembunyikan apa yang aku ketahui kerana bagi aku tiada rahsia yang menjadi rahsia dan perlu dirahsiakan melainkan ianya tidak berkalam dan berkata-kata maka itu barulah rahsia kerana tiada cara untuk menceritakannya. Ibarat minum teh, apakah dapat diceritakan kepada orang rasa yang dirasai kita?.

Ingatlah kehidupan itu adalah suatu penyataan terhadap kenyataan kewujudan Allah s.w.t disamping manusia …


Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya 

Tuesday, July 27, 2010

Permulaan agama ialah mengenal Allah s.w.t.


Permulaan agama ialah mengenal Allah s.w.t.

Hijrah bersama-sama Rasulullah s.a.w meletakkan makrifat sebagai permulaan, sedangkan hijrah tanpa Rasulullah s.a.w menjadikan makrifat sebagai kesudahan jalan. Sebab itu orang yang berhijrah tanpa Rasulullah s.a.w, setelah memperolehi makrifat mereka beragama dengan cara lain dari cara Rasulullah s.a.w beragama. Mereka tidak lagi berpegang kepada Sunah Rasulullah s.a.w. Sebenarnya mereka baharu berada di ambang pintu agama, belum lagi masuk ke dalam gerbang agama yang benar yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.

Fikir Dan Renungilah!

Friday, May 28, 2010

HAPPY BIRTHDAY ADIK FATIN!! 10 TAHUN!!


Happy Birthday Adik Fatin! Along doakan semoga adik sentiasa berjaya di dunia mahupun akhirat ... hehe malu pulak rasanya bila tak dapat sediakan hadiah untuk adik bongsu yang tersayang ni ..

Insyaallah esok along balik Terengganu ... su, pak su, tokma & mungkin long pun akan balik juga .. nanti bolehlah sambut besday adik ramai2 ...
Powered by Blogger.

Blogger templates