27/09/2010
Seingat aku telah berbelas-belas tahun lamanya aku tidak menggunakan perkhidmatan bas untuk ke Marang tapi pada petang itu aku menggunakan bas pergi ke Marang. Semasa di perhentian bas, menunggu bas ke Marang. Kenangan dahulu kembali diingatan, terkenang suasana sewaktu masih kanak-kanak lagi.
Bila hari minggu Ma akan bawa aku dan adik-adik ke Marang menggunakan perkhidmatan bas, untuk bermalam dirumah nenek (mak). Waktu tu arwah datuk (ayah) masih ada lagi. Dari rumah lama diperkampungan nelayan Marang sehinggalah ke pertempatan baru Sungai Kerak Marang.
Teringat lagi betapa sukanya bila menaiki bas dari rumah ke perhentian bas dibandar dan menanti bas untuk ke Marang. Suasana dahulu bagaikan kembali dan sehinggakan terasa udara zaman tersebut melalui rongga hidung. Kuala Terengganu sememangnya telah banyak berubah. Aku memang bangga menjadi anak jadi Kuala Terengganu.
Dalam menanti ketibaan bas. Fikiranku meniti kembali jejak-jejak kenangan (masa)yang telah meninggalkan aku. Sesungguhnya masa mematangkan fikiran manusia dan masa sememangnya banyak melakukan perubahan (sepertimana yang ditetapkan Allah s.w.t).
Sebagai seorang manusia. Aku berusaha untuk mematangkan pemikiranku supaya setaraf dengan umur jasabku dan aku cuba untuk mematangkan pemikiranku juga supaya ianya setaraf dengan usia rohku. Aku berusaha untuk menggeluarkan akalku dari dimensinya yang terhad kepada dimensi yang lebih luas tapi usaha ini hanya sia-sia jika memaksa akal untuk keluar dari dimensi pemikirannya tanpa bantuan dari hati.
Pemikiran akal berubah dari skop kepada skop melalui perubahan masa dan perjalan hidup, namun perubahan akal hanyalah sekadar didalam dimensinya sahaja. Dari skop kampung kepada skop daerah dan dari daerah kepada negeri dan dari negeri kepada skop negara dan dari skop negara kepada skop benua dan akhirnya kepada skop dunia. Dunia (dimensi) akal yang terbesar dan akal tidak mampu lagi keluar melebihi skop tersebut tanpa bantuan dari hati. Dimensi akal terlalu terhad, dunia adalah skop tertinggi bagi akal. Mungkin ada yang tidak setuju dengan pendapatku tetapi itulah pendapat yang aku perolehi daripada perjalanan kehidupanku.
Manusia (termasuk aku) berusaha untuk meluaskan skop-skop akal dengan ilmu dan dengan ilmu itu manusia berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap kebolehan akal mereka masing-masing dengan pengikktirafan sijil, diploma, ijazah, master, Phd dan seboleh-bolehnya ingin bergelar Profesor (cita-cita aku Profesor Dr. Tengku Faisal ). Pengiktirafan itu sememangnya syarat yang wajib dan muthlak bagi kehidupan dunia hari ini.
Masa dan perjalan hidup mematangkan pemikiran aku. Satu demi satu perubahan besar berlaku didalam kehidupan aku dan antara perubahan besar yang amat aku rasai adalah pemergian arwah ibu saudaraku pada bulan Ramadhan yang lalu.
Sebagai seorang manusia Islam, aku harus menerima setiap perubahan ini dengan hati yang terbuka dan setiap dugaan yang berlaku adalah takdir yang teguh, pemberian yang terbaik dan paling baik dari Allah s.w.t. Aku cuba menggatur langkah ini dengan sebaik mungkin dan aku cuba menggeluarkan akal ini dari dimensi yang terhad ini kepada dimensi yang lebih luas dengan bantuan dari hati.
Aku bersyukur dengan setiap dugaan yang datang kerana setiap dugaan itu membuatkan pemikiranku (akal) kembali kepada ketentuan (hati). Dimensi akal adalah pandangannya dan pandangan akal adalah berasaskan kepada logiknya (pandangan) dan apabila sesuatu pekara (dugaan atau musibah) itu berlaku maka keadaan (dugaan atau musibah) yang tidak dapat dibanteras atau diselesaikan oleh akal akan menyebabkan dan memaksa akal itu untuk tunduk dan pulang kepada ketentuan (hati). Setiap dugaan atau musibah yang Allah s.w.t aturkan adalah sebagai pengajaran dan teguran kepada akal agar ia tunduk dan pulang bersekutu kepada hati dan meninggalkan nafsu. Lumrah manusia sentiasa lupa dan alpa. Bila keadaan kembali kepada asal maka akal akan turut kembali meninggalkan hati (insaf) dan kembali dengan caranya (bersekutu dengan nafsu).
Aku kembali kepada awal kejadian akal. Aku meneliti kepada ucapan pertama akal “aku adalah hamba-Mu dan Engkau adalah Tuhanku”. Maka aku melihat dan meneliti kepada keadaan akal pada waktu (belum berwaktu) itu dan aku dapati akal pada waktu itu bersendiri ‘bersifat akal’ tanpa sebarang campur tangan daripada nafsu. Aku kembali pula kepada diri manusia dan aku bandingkan akal yang bergerak seiringan dengan masa ini dengan keadaan awal kejadian akal. Sungguh berbeza keadaannya. Akal yang bergerak seiringan dengan waktu (yakni bila berada didalam jasab) tidak mampu berdiri dengan teguh seperti sewaktu ucapan pertamannya dahulu kerana pengaruh daripada nafsu.
Aku cuba mengengkang akal agar tidak terpaut dengan bisikan nafsu tetapi sayangnya ia gagal. Aku cuba pautkan akal dengan hati tetapi hanya sementara sahaja. Aku kembali kepada peringkat kepada peringkat untuk mencari caranya. Aku kembali kepada diri dan aku perhatikan kedudukan tiga pekara didalam diri yakni akal, hati dan nafsu. Aku perhati didalam diri ini, akal duduk ditempat yang tertinggi manakala hati ditengah dan nafsu dibawah. Aku terdiam mencari jawapannya dan sekali lagi aku kembali kepada diri dan mencari pada setiap sudut diri dan akhirnya aku melihat kepada tanda penyaksian (solat) diri. Aku melihat semua sudut penyaksian (solat) dan meneliti kemas pada satu sudut solat iaitu Ruku’ dan itu jawapannya pertamanya. Tundukkan akal kepada ketentuan (hati) dengan meluruskan akal terus kepada kedudukan hati dan jawapan keduanya selepas proses pertama ialah Sujud iaitu menaikkan kedudukan hati melebihi kedudukan akal agar didalam setiap pekara hati mampu menasihati akal dan sememangnya ia sangat tepat dengan nasihat petama dari Guruku “kekalkanlah penasihat (akal) pada layaknya dan kekalkanlah raja (hati) pada tahtanya dan jika sebaliknya maka binasalah kerajaan (diri). Mahkota (agama) hanya milik bagi si raja (hati) dan penasihat (akal)hanya sebagai penasihat (ilmu-ilmu dunia). Berikan raja
(hati) haknya (kedudukan) …”
Banyak pekara yang aku pelajari dari kehidupan ini. Segala pengalaman yang aku perolehi aku simpan sebagai pelan backup untuk suatu hari nanti tetapi sebagai manusia biasa aku harus akui kelemahan diri. Apa jenis pelanpun yang aku sediakan ia tetap tidak mampu melawan perancangan Allah s.w.t .
Sewaktu aku menaiki bas. Aku masih ingat lagi, Ma akan memilih tempat duduk berdasarkan kedudukan matahari kerana kata Ma “nanti tempat duduk kita tak panas kena cahaya matahari” . Aku telah lupa sama ada tempat duduk disebelah kiri atau kanan. Sesungguhnya kenangan memang banyak mengajari aku tapi kadang-kadang tu aku tetap tersilap, namun apa yang penting pandangan (pemikiran) aku sekarang tidak seperti dahulu lagi.
Dalam perjalanan ke Marang, banyak kenangan lama yang menjelma kembali. Bas yang aku naiki ini bas Dungun dan dia pastinya pernah menaiki bas ini. Didalam bas ni aku bagaikan dapat merasai nafasnya. Ingatan pada dia tidak pernah aku lupakan dan jika aku mampu kembali seperti dahulu, akan aku cerita segala-galanya yang aku ketahui dan aku akan bebaskan segala rahsia yang terkandung ini kepadanya, agar kelak aku dan dia tidak akan berpisah selama-lamanya. Tapi takdir Allah s.w.t amat teguh, usaha aku tidak akan mampu merubahnya.
Banyak pekara yang ingin aku kongsikan tapi perjalanan aku ke Marang yang pendek itu terlalu banyak kenangan yang muncul dan jika aku tuliskan pun tentu makan banyak muka surat. Jari pun dah letih menaip tapi apa yang pastinya aku tidak akan sembunyikan apa yang aku ketahui kerana bagi aku tiada rahsia yang menjadi rahsia dan perlu dirahsiakan melainkan ianya tidak berkalam dan berkata-kata maka itu barulah rahsia kerana tiada cara untuk menceritakannya. Ibarat minum teh, apakah dapat diceritakan kepada orang rasa yang dirasai kita?.
Ingatlah kehidupan itu adalah suatu penyataan terhadap kenyataan kewujudan Allah s.w.t disamping manusia …