Senja pasti akan berulang dan akan terus berulang, cuma apa yang tidak akan berulang adalah permandangannya senja itu, ia akan terus berlalu pergi, namun senja akan kembali dan terus kembali berulang, berulang berlainan pemandangan dan setiap pemandangan itu akan menjadi satu pengajaran bagi yang memahaminya ..
Wahai kesayanganku, senja akan terus berulang, berulang dan terus berulang, membawa permandangan (pengajaran) yang berbeza dan jangan kau pandang senja kerana keindahan permandangannya (hanya keindahan) kerana jika kau pandang kerana keindahannya, kelak kau akan terpesona, terpesona pada keindahan permandangan yang tidak membawa pengajaran bagi kau .. [ kata Guruku ]
Adakalanya, saat aku keseorangan, aku memandang pada senja, keindahannya cukup membuatkan aku terpaku dan aku terus memerhati keindahannya dan sehingga senja pergi dan malam menggantikannya dan apa yang aku dapat hanyalah kenangan keindahannya, terpesona dengan keindahan permandangannya ..
Wahai kesayanganku, pengajaran selepas pengajaran itu hanya akan membuat kau menggulanginya kembali, kerana manusia kebiasaannya akan melupakan pengajaran yang datang selepas pengajaran. Sesungguhnya pengajaran didalam pengajaran itu adalah lebih baik kerana ianya akan mengajari kau erti sebuah pengajaran yang sebenar-benarnya .. [ kata Guruku ]
Selepas senja berlalu pergi, aku mula memikirkan dan terbayang-bayang dengan keindahan senja itu. Aku cuba mengutip pengajaran yang aku dapati daripada senja itu dan aku cuba kembali pada saat senja itu dan apa yang hanya aku dapati darinya hanyalah sekadar kenangan, kenangan yang tidak dinikmati sewaktu ia berdamping ..
Wahai kesayanganku, keindahan itu ibarat seperti bunga, baunya mampu membuatkan kau terpesona dan selepas kehilangan baunya, kau akan teringat-ingat akan baunya dan kau akan berharap dapat kembali pulang kepada saat kau menghidunya, sedangkan saat itu telah berlalu dan kau masih berharap dapat menghidu baunya dan kau berharap dapat memetik bunganya ..
Wahai kesayangaku, sesungguhnya pengajaran selepas pengajaran itu hanya akan membuatkan kau kembali mengulanginya dan sesungguhnya pengajaran didalam pengajaran itu adalah lebih baik bagi kau kerana pengajaran (kesedaran) didalam pengajaran akan membuat kau lebih berhati-hati dan tidak akan membuat kau merasai penyesalan kerana tidak dapat memetiknya ..
Wahai kesayanganku, sesungguhnya setiap pengajaran itu adalah sesuatu yang baik namun didalam dua pekara yang baik pasti ada yang terbaik diantara salah satunya dan apa aku katakan pada kau, kau peganglah. Sesungguh mendapat dan merasi pengajaran didalam pengajaran adalah sesuatu yang sukar, namun perhatikanlah ....... [ kata Guruku ]
0 comments:
Post a Comment