Monday, October 26, 2009

Sekilas Bicara

Kehidupan ni begitu panjang sekali .. pejalanannya teramat jauh, sudah terlalu jauh kita berjalan. jika ada yang mengerti tentang kehidupan ini pastinya mereka akan merasa letih .. teramat letih ..

Adakalanya .. aku pernah terpikir dan bertanya pada diriku sendiri .. sampai bilakah lagi aku hidup .. kadang-kadang aku terasa amat letih sekali .. sungguh letih ....

Aku gemar bersendirian .. berpikir dan cuba menjawab pelbagai persoalan yang bertalu-talu muncul berkehendakkan jawapan dariku .. persoalan kehidupan saja dah bertimbung .. aku cuba untuk menjawab semuanya agar kehendakku untuk tahu menjadi puas ...

Dari awalnya kepada perjanjiannya, kepada perpisahanya, kepada kehidupan kita sekarang ini dan kepada pertemuaannya kembali .. bisakah kita hanya membutakan semuanya ini? berbuat tidak tahu? berbuat bodoh? menafikannya? ... Ingatkah lagi kita kepada perjanjiaan kita dahulu??

Kita telah banyak lupa .. terlalu banyak pekara yang telah kita lupa .. bila ilmu terlupa ilmu, bila yang berjanji mungkiri janjinya dan bila yang mencintai ditinggalkan .. maka sipakah kita?? ... kitalah Zat yang lupa .. Zat yang lupa ..

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Blogger templates