Saturday, October 1, 2011
Bila CINTA Tidak Lagi BERMAKNA ..
Bila cinta tidak lagi bermakna ianya bagaikan seperti pantai yang kehilangan ombak, tiada lagi terdengar desiran ombak yang memanjat kepantai. Jiwa terasa kosong, tiada lagi usaha-usaha untuk meninggikan cinta kerana tiada lagi angin untuk menaikan layang-layang cinta, mungkin itu bagi yang telah berputus harap tapi bagi yang masih berharap, ia akan sentiasa berusaha untuk menerbangkan kembali layang-layang cinta itu walaupun ianya akan membakar diri sendiri.
Segalanya bagaikan telah lenyap, kembali kepada permulaan kehidupan tanpa cinta, terasa kosong dan berlainan walaupun pada hakikat awalnya sebelum cinta, itulah kehidupan kita dahulu tapi mengapa kehidupan yang kita miliki dahulu bagaikan terasa asing? Itulah bisanya cinta ..
Cinta sentiasa bermakna bagi kita, cuma ia bagaikan tidak bermakna apabila cinta kita diasingkan, bagaimanakah bernamanya bulan jika ia diasingkan daripada malam, tentu sekali tiada indahnya pada malam, namun malam bukanlah jiwa dan bulan pula bukanlah cinta ..
Apakah lagi usaha yang dapat kita lakukan jika sememangnya cinta ini tidak lagi bermakna? Sememangnya benar, cinta tidak seharusnya dimiliki tapi apakah mampu kita menanggung keperitan ini? Apakah tiada sedikit penghargaan untuk cinta yang kita berikan selama ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment