Aku betul-betul terasa hati dengan kau. Telah lama aku pendam, kini aku tidak lagi dapat menahannya dan kerana itulah salah satu penyebabnya yang membuatkan aku terpaksa tinggalkan kau.
Aku perhatikan sejak dahulu lagi, aku simpan satu demi satu dan sehinggalah kesaat ini. Mengapa buat aku seperti ini? Mengapa bila kau susah baru kau cari aku dan kau bagaikan memberi aku harapan, setelah kau dapat, kau kembali perlakukan seperti aku tidak wujud ...
Kau tahu tak betapa sakitnya aku bila kau perlakukan aku seperti itu? Aku juga punyai perasaan seperti kau, kau hendak ke bila aku perlakukan kau sepertimana kau perlakukan aku? Bila kau perlukan aku, tidak pernah aku menolaknya, aku berusaha untuk kau ...
Tapi kau??
0 comments:
Post a Comment