Wednesday, November 30, 2011

KENAPA AKU?

Kenapa AKU?

Kenapa aku? Persoalan itu sering kali bermain difikiran aku. Terasa amat sakit sekali dan aku tidak pernah menyakiti orang dan yang paling penting aku tidak pernah menyakiti kau. Persoalan ini aku tujukan kepada kau, hanya kepada kau dan untuk kau ..

Kenapa aku dan kenapa tidak orang lain?
Kau buat aku sakit dan inikah balasan yang aku dapat? Bila aku ingati balik selama setahun ini, makin banyak persoalan yang muncul difikiran aku dan aku terasa sangat sakit, kenapa aku? Bila aku cakap, kau cakap aku mengungkit, demi Allah tidak sedikt pun terniat dihati aku untuk mengungkit tapi aku bercakap supaya kau fahami, supaya kau ingati, supaya kau kenangi dan supaya kau HARGAI aku ..



Kau TIDAK pernah HARGAI aku ..

Aku tertanya-tanya mengapa dahulu tidak kau lari dan mengapa dahulu tidak kau tinggalkan sahaja aku, sedangkan dahulu sewaktu masalah yang pertama kali dahulu kau mempunyai peluang yang cukup untuk tinggalkan aku? Sebaliknya kau kembali dan kau buat aku semakin berharap ..

Kenapa aku? Jika kau tidak dapat menerima aku mengapa kau masih dengan aku dan seolah-olah aku ni orang yang penting bagi kau ataupun aku ni hanya sekadar tempat untuk kau bersandar? Kau tahu dan kau sedar yang aku dah banyak berkorban demi kau? Kau hanya mempergunakan aku sahaja, kau bagi aku harapan dengan mempergunakan aku, kau pergunakan sayang aku pada kau ..

Aku dah banyak berlelah untuk kau dan aku telah kehilangan banyak pekara demi kau. Kenapa aku? Jika kau tidak dapat menerima aku, mengapa kau buat aku berlelah demi kau? Seharusnya dahulu kau tinggalkan aku tapi kau kembali dan buat aku berlelah demi kau, buat aku berkorban demi kau dan sekaligus kau buat aku berharap pada kau. 
Kau permainkan aku dan kau pergunakan aku ...
 Aku BENCI kau ..



Tuesday, November 29, 2011

Aku Takut Ditinggalkan ..

Aku takut ditinggalkan ..

Aku memang takut ditinggalkan terutamanya ditinggalkan oleh orang yang aku sayang, adakalanya aku rasa yang aku ni terlalu tamak, kalau boleh aku tidak mahu sesiapapun tinggalkan aku, kalau seseorang tu telah hadir dalam hidup aku, aku tidak akan sesekali lepaskan ..

Tapi aku ni ada sifat jahat, kalau seseorang tu nak tinggalkan aku, aku akan pujuk dia gila2 dan lepas dia dah aku yakin tidak akan tinggalkan aku, aku pun tinggalkan dia, itupun kalau aku rasa dah tiada apa2 makna lagi, apa yg aku fikirkan ... aku tidak suka ditinggalkan tapi aku akan meninggalkan ...

Kenapa?

Bila ada orang tanya kenapa aku dengan dia, nanti senanglah aku jawab yang aku tinggalkan dia, so tidaklah malu sangat .. hehe jahat!!
 Mudah ..

Tidur & Mimpi* ...

Tidurku tanpa mimpi ..

Mimpi*, aku rasa dah agak lama aku tidur tanpa mimpi, kadang-kadang tu rasa macam tiada perasaan pulak, seperti hati tanpa cinta dan tidur tanpa mimpi ..

Aku ingat last aku mimpi, aku selamatkan seekor kucing dari dipatuk oleh seekor ular tedung, aku lari je kemana pasti ular tu ikut, aku lompat atas atap rumah pun ular tu tetap ikut, aku terbang pun ular tu tetap ikut dan last2 terkejut dari tidur ..

Aku pun tak tahu apa maksud dari mimpi tu tapi selepas mimpi tu, aku lupalah berapa lama selepas mimpi tu, aku ada berjumpa dengan seseorang dan seingat aku, aku sentiasa tolong dia, berkorban demi dia dan aku sanggup berlelah demi dia dan termasuklah tolong dia dalam hal yang besar, kiranya aku berani buat berani tanggunglah ..

Dan apa yang tak bestnya, aku tidak dihargai ...


Sunday, November 27, 2011

27 November 2011

Hari ini genaplah 1 tahun.

Aku masih ingat lagi saat pertama kali bertemu mereka di A26-01 PV12 Danau Kota dan kenangan itu akan kekal didalam ingatan aku buat selama-lamanya, mereka adalah roommate yang paling sporting pernah aku jumpa dan kenangan bersama-sama dengan mereka aku amat sayang ...

Amir, Stanis, Ah Kaw, Wan, Zul dan Aizat, aku sayang korang semua !!

Rahsia Disebalik Gerakan Ekor Kucing ...





Kalau kucing tuu ekor pendek macam mana pulak ek?

365 HARI ...

Thursday, November 17, 2011

Senja Yang Berulang ...


Senja pasti akan berulang dan akan terus berulang, cuma apa yang tidak akan berulang adalah permandangannya senja itu, ia akan terus berlalu pergi, namun senja akan kembali dan terus kembali berulang, berulang berlainan pemandangan dan setiap pemandangan itu akan menjadi satu pengajaran bagi yang memahaminya ..

Wahai kesayanganku, senja akan terus berulang, berulang dan terus berulang, membawa permandangan (pengajaran) yang berbeza dan jangan kau pandang senja kerana keindahan permandangannya (hanya keindahan) kerana jika kau pandang kerana keindahannya, kelak kau akan terpesona, terpesona pada keindahan permandangan yang tidak membawa pengajaran bagi kau .. [ kata Guruku ]

Adakalanya, saat aku keseorangan, aku memandang pada senja, keindahannya cukup membuatkan aku terpaku dan aku terus memerhati keindahannya dan sehingga senja pergi dan malam menggantikannya dan apa yang aku dapat hanyalah kenangan keindahannya, terpesona dengan keindahan permandangannya ..

Wahai kesayanganku, pengajaran selepas pengajaran itu hanya akan membuat kau menggulanginya kembali, kerana manusia kebiasaannya akan melupakan pengajaran yang datang selepas pengajaran. Sesungguhnya pengajaran didalam pengajaran itu adalah lebih baik kerana ianya akan mengajari kau erti sebuah pengajaran yang sebenar-benarnya .. [ kata Guruku ]

Selepas senja berlalu pergi, aku mula memikirkan dan terbayang-bayang dengan keindahan senja itu. Aku cuba mengutip pengajaran yang aku dapati daripada senja itu dan aku cuba kembali pada saat senja itu dan apa yang hanya aku dapati darinya hanyalah sekadar kenangan, kenangan yang tidak dinikmati sewaktu ia berdamping ..

Wahai kesayanganku, keindahan itu ibarat seperti bunga, baunya mampu membuatkan kau terpesona dan selepas kehilangan baunya, kau akan teringat-ingat akan baunya dan kau akan berharap dapat kembali pulang kepada saat kau menghidunya, sedangkan saat itu telah berlalu dan kau masih berharap dapat menghidu baunya dan kau berharap dapat memetik bunganya ..
Wahai kesayangaku, sesungguhnya pengajaran selepas pengajaran itu hanya akan membuatkan kau kembali mengulanginya dan sesungguhnya pengajaran didalam pengajaran itu adalah lebih baik bagi kau kerana pengajaran (kesedaran) didalam pengajaran akan membuat kau lebih berhati-hati dan tidak akan membuat kau merasai penyesalan kerana tidak dapat memetiknya ..
Wahai kesayanganku, sesungguhnya setiap pengajaran itu adalah sesuatu yang baik namun didalam dua pekara yang baik pasti ada yang terbaik diantara salah satunya dan apa aku katakan pada kau, kau peganglah. Sesungguh mendapat dan merasi pengajaran didalam pengajaran adalah sesuatu yang sukar, namun perhatikanlah ....... [ kata Guruku ] 

Saturday, November 12, 2011

Tatkala Aku Terlalu Rindu ...


Adakalanya, aku sendiri tidak termampu untuk menahan perasaan tatkala aku terlalu rindu pada kau. Dibantal kau inilah aku rebahkan kepala aku tatkala aku terlalu rindu pada kau. Aku berharap dengan meletakkan kepala aku dibantal ini, akan hilang dan terubatlah ingatan aku pada kau ...

Setiap kali aku merebahkan kepalaku dibantal ini, perasaan aku bagaikan terasa sakit ...

" .... aku salah kerana terlalu berharap pada kau dan kau tidak pernah menghargai aku ... "
Adakalanya, aku berharap dapat lupakan kau, dapat melupakan semua tentang kau tapi setiap kali aku cuba melupakan kau, makin kuat ingatan aku pada kau dan makin sakit yang aku rasakan. Aku terasa selama ini aku disamping kau hanyalah sia-sia dan apa yang aku lakukan untuk kau selama ini hanyalah suatu pekara yang tidak bermakna bagi kau ...

Tatkala aku teringatkan kau, perasaan aku bagaikan meronta-ronta dan terasa amat sakit dan adakalanya aku bagaikan menyesal mengenali kau dan aku bagaikan menyesal berusaha dan berkorban demi kau dan kerana kau juga segala-galanya berubah dan kau tidak sedikit pun menghargai aku ...

Dari dahulu sampai sekarang, aku tetap bersabar dan aku tetap disisi kau saat kau susah dan senang, aku tidak pernah tinggalkan kau.

Demi Allah, jika kau rasa apa yang aku rasa, kau pasti akan merasa menyesal, menyesal kerana tidak pernah dihargai dan aku berharap suatu hari nanti kau akan merasai apa yang aku rasa ...

Aku berharap, aku dapat ucapkan " selamat tinggal " dan tidak akan berpaling lagi seperti dulu ....
Powered by Blogger.

Blogger templates