Kenapa AKU?
Kenapa aku? Persoalan itu sering kali bermain difikiran aku. Terasa amat sakit sekali dan aku tidak pernah menyakiti orang dan yang paling penting aku tidak pernah menyakiti kau. Persoalan ini aku tujukan kepada kau, hanya kepada kau dan untuk kau ..
Kenapa aku dan kenapa tidak orang lain?Kau buat aku sakit dan inikah balasan yang aku dapat? Bila aku ingati balik selama setahun ini, makin banyak persoalan yang muncul difikiran aku dan aku terasa sangat sakit, kenapa aku? Bila aku cakap, kau cakap aku mengungkit, demi Allah tidak sedikt pun terniat dihati aku untuk mengungkit tapi aku bercakap supaya kau fahami, supaya kau ingati, supaya kau kenangi dan supaya kau HARGAI aku ..
Kau TIDAK pernah HARGAI aku ..
Aku tertanya-tanya mengapa dahulu tidak kau lari dan mengapa dahulu tidak kau tinggalkan sahaja aku, sedangkan dahulu sewaktu masalah yang pertama kali dahulu kau mempunyai peluang yang cukup untuk tinggalkan aku? Sebaliknya kau kembali dan kau buat aku semakin berharap ..
Kenapa aku? Jika kau tidak dapat menerima aku mengapa kau masih dengan aku dan seolah-olah aku ni orang yang penting bagi kau ataupun aku ni hanya sekadar tempat untuk kau bersandar? Kau tahu dan kau sedar yang aku dah banyak berkorban demi kau? Kau hanya mempergunakan aku sahaja, kau bagi aku harapan dengan mempergunakan aku, kau pergunakan sayang aku pada kau ..
Aku dah banyak berlelah untuk kau dan aku telah kehilangan banyak pekara demi kau. Kenapa aku? Jika kau tidak dapat menerima aku, mengapa kau buat aku berlelah demi kau? Seharusnya dahulu kau tinggalkan aku tapi kau kembali dan buat aku berlelah demi kau, buat aku berkorban demi kau dan sekaligus kau buat aku berharap pada kau.
Kau permainkan aku dan kau pergunakan aku ...
Aku BENCI kau ..
0 comments:
Post a Comment