Sunday, December 25, 2011

Bangunkan Aku Dari Tidurku ...



Mungkin tidur aku terlalu panjang sehinggakan aku bagaikan terperangkap didalam mimpiku, terperangkap didalam mimpi yang berulang-ulang, mimpi yang merantai seluruh jiwa aku ..

Bangunkan aku dari tidurku, sedarkan aku dari mimpi yang berulang ini ..

Apakah mimpi yang berulang ini akan sampai penamatnya atau apakah ianya akan kembali berulang dan akan terus berulang sehingga keakhir takdirnya? Segalanya telah tertulis dan aku akuinya segala adalah milikNya dan segalanya adalah kehendakNya ..

Aku cuba mebangunkan diriku dari tidur yang panjang ini dan aku cuba sedarkan diriku dari mimpi yang berulang ini, namun segalanya bagaikan terantai kemas. Rantai yang terlalu kukuh, terlalu berat dan teramat sejuk sehinggakan aku kembali kepada tidur panjangku ..


Bangunkan aku dari tidurku, sedarkan aku dari mimpi yang berulang ini dan lepaskanlah aku dari rantai yang berat ini ..

Kepada siapakah? Tiada siapa yang mampu dan sehingga kini aku masih menyusung doa-doaku ...

1 comments:

A'ishah Kamaludin said...

Salam kenal

Pernah jg mimpi berulang-ulang..

Ya Allah, penatnya fikiran tapi tak terbangun-bangun...

Mungkin terlalu penat atau diganggu syaitan..

Follow sini!

Blog saya -->the HEHS lady

Post a Comment

Powered by Blogger.

Blogger templates