Thursday, January 5, 2012

Akar (pengalaman) Adalah Sebahagian Dari Kehidupan Kita ..


Kesayanganku, pengalaman itu adalah seperti akar pokok, jangan kau lupakan dan jangan kau cuba melupakannya kerana jika kau lupakan dan cuba melupakannya ibaratnya seperti kau mencabut akar dari sepohon pokok rendang yang subur dan kau akan mencacatkan kematangan dan kesuburannya .. kata Guruku
Sesungguhnya sebuah pengalaman bagi seseorang manusia itu adalah ibarat seperti sebatang akar dan semakin penting dan semakin bermaknanya sesebuah pengalaman itu maka semakin besarlah akar itu dan semakin pentinglah kepada kehidupan seseorang itu ..

Guru aku pernah berkata pada aku ..
Kesayanganku, jangan kau lari (lupa) dari pengalamanmu kerana pengalaman itu adalah sejarah yang akan mengajari erti sebuah kehidupan kepada kau dan tanpa pengalaman itu maka kau akan mengulangi sesuatu pekara yang sama kelak ..
Sememangnya telah menjadi lumrah bagi manusia, jika mereka mengalami sesebuah pengalaman yang pahit dan sedih maka mereka cuba untuk melupakannya dan sesungguhnya benar mereka dapat melupakannya tetapi sedar atau tidak, pada hakikatnya pengalaman mereka itu telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka yang kekal, seperti sebatang akak yang tumbuh dari sepohon pokok ..


Adakalanya, aku juga tidak terkecuali dari semua itu, aku juga cuba untuk melupakan sesuatu pengalaman yang pahit dan sedih. Dan adakalanya aku berjaya untuk melupakannya tetapi ia akan tetap muncul kembali, muncul sewaktu kita mengulanginya kembali dan muncul saat kita melihat dasar pengalaman seseorang yang bersamaan dengan apa yang kita alami dahulu ..

Sesungguhnya sesebuah pengalaman tidak akan dapat dibuang terus dari kehidupan kita kerana ianya adalah sebahagian dari kehidupan kita yang lalu dan tanpa pengalaman itu maka tiadalah kita menjadi diri kita pada hari ini dan sepertimana diibaratkan kepada sepohon pokok besar yang rendang, kekuatannya adalah dari akarnya yang menjalar terus kedalam tanah dan tanpa akar (pengalaman) itu maka pasti akan rebah kebumi apabila ditiup angin yang kuat ..

p/s : pengalam itu adalah sejarah, jika kamu lupa pada sejarah maka kelak kamu akan mengulanginya kembali..

Ucapan Tahun Baru & Nasihat Dari Teman ..


Tengku, selamat tahun baru semoga kau sentiasa berada didalam kasih dan sayangNya, mananya ucapan tahun baru kat blog kau, tak nampak pun, lupa post ekk? ..
Pertanyaan dari temanku membuatkan aku bagaikan baru terbangun dari tidur yang panjang, membuatkan aku terdiam sejenak, bagaikan terfikir sesuatu yang aku sendiri tidak dapat pastikan dan huraikan ..

Aku dah post la tapi kat Facebook ..
Tengku, adakalanya aku tak dapat hendak memahami kau dan adakalanya aku bagaikan sangat memahami kau .. 
Dia senyum pada aku sambil meletakkan tangan dibahu aku, aku juga adakalanya sukar untuk memahami dia dan adakalanya aku sangat memahami dia dan senyumannya saat itu sangat aku fahami maksudnya ..

Tengku, tahun telah berganti dan yang lalu telah kekal menjadi kenangan, kata-kata akan sentiasa terdengar-dengar tapi tidak akan mampu untuk diulang kembali rangkap-rangkapnya yang lepas ..
Aku terdiam, memikirkan kata-katanya yang berbunga-bunga ..

Tengku, aku tahu adakalanya sesutu pekara itu amat sukar untuk kita lupakan .. 
Dia sememangnya sentiasa memahami aku dan aku bagaikan tiada idea untuk berbicara dengannya, aku cuba lontarkan jauh-jauh perasaanku, jauh sejauh pemandanganku ..


Sahabat, adakalanya sesuatu pekara yang lepas itu tidak boleh dibiarkan dan tidak boleh dilepaskan, setiap sesuatu yang lepas itu adakalanya ibarat seperti akar pokok, ia menjalar dan terus menjalar dan akan sentiasa terus berkaitan dengan kehidupan kita buat selama-lamanya dan jika kita cuba melupakan sesuatu yang penting, ibaratkan seperti kita cuba mematikan dan menceraikan akar dari pokoknya dan kelak pokok itu akan tumbang ..
Tengku, apa yang kau katakan sememangnya benar, namun apakah akar yang berpenyakit akan tetap dibiarkan? Apakah ianya tidak akan memberikan kesan yang buruk kepada pokok tersebut? .. 
Sahabatku, apa yang kau katakan itu juga benar tapi apakah aku mampu? Biarlah akar tersebut reput dimakan tanah (masa) dan adakalanya masa itu adalah ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan kenangan (akar) yang sukar ..
Tengku, sepertimana yang kau katakan dulu, hanya pemilik diri mengenal dirinya, maka aku menerima apa yang kau katakan dan apa yang aku harapkan kau akan tetap seperti dahulu ..
Sahabatku, terima kasih atas perhatian kau dan aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada kau, semoga kau sentiasa berada didalam kasih dan sayangNya buat selama-lamanya .. 

p/s : Nampak sangat aku keras kepala, orang kata A aku kata B .. itulah aku dan aku akui kelemahan diri ini..
Powered by Blogger.

Blogger templates