Thursday, January 5, 2012

Akar (pengalaman) Adalah Sebahagian Dari Kehidupan Kita ..


Kesayanganku, pengalaman itu adalah seperti akar pokok, jangan kau lupakan dan jangan kau cuba melupakannya kerana jika kau lupakan dan cuba melupakannya ibaratnya seperti kau mencabut akar dari sepohon pokok rendang yang subur dan kau akan mencacatkan kematangan dan kesuburannya .. kata Guruku
Sesungguhnya sebuah pengalaman bagi seseorang manusia itu adalah ibarat seperti sebatang akar dan semakin penting dan semakin bermaknanya sesebuah pengalaman itu maka semakin besarlah akar itu dan semakin pentinglah kepada kehidupan seseorang itu ..

Guru aku pernah berkata pada aku ..
Kesayanganku, jangan kau lari (lupa) dari pengalamanmu kerana pengalaman itu adalah sejarah yang akan mengajari erti sebuah kehidupan kepada kau dan tanpa pengalaman itu maka kau akan mengulangi sesuatu pekara yang sama kelak ..
Sememangnya telah menjadi lumrah bagi manusia, jika mereka mengalami sesebuah pengalaman yang pahit dan sedih maka mereka cuba untuk melupakannya dan sesungguhnya benar mereka dapat melupakannya tetapi sedar atau tidak, pada hakikatnya pengalaman mereka itu telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka yang kekal, seperti sebatang akak yang tumbuh dari sepohon pokok ..


Adakalanya, aku juga tidak terkecuali dari semua itu, aku juga cuba untuk melupakan sesuatu pengalaman yang pahit dan sedih. Dan adakalanya aku berjaya untuk melupakannya tetapi ia akan tetap muncul kembali, muncul sewaktu kita mengulanginya kembali dan muncul saat kita melihat dasar pengalaman seseorang yang bersamaan dengan apa yang kita alami dahulu ..

Sesungguhnya sesebuah pengalaman tidak akan dapat dibuang terus dari kehidupan kita kerana ianya adalah sebahagian dari kehidupan kita yang lalu dan tanpa pengalaman itu maka tiadalah kita menjadi diri kita pada hari ini dan sepertimana diibaratkan kepada sepohon pokok besar yang rendang, kekuatannya adalah dari akarnya yang menjalar terus kedalam tanah dan tanpa akar (pengalaman) itu maka pasti akan rebah kebumi apabila ditiup angin yang kuat ..

p/s : pengalam itu adalah sejarah, jika kamu lupa pada sejarah maka kelak kamu akan mengulanginya kembali..

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Blogger templates