Apa yang aku bicarakan dan luahkan disini bukanlah untuk ditujukan kepada mana-mana pihak tetapi sekadar untuk sebuah penggetian ..
Aku telah hidup selama 24 tahun, aku meneliti dan memerhatikan segala-galanya. Demi Allah, sehingga saat ini hati aku masih lagi tersinggung, terkilan dan terlalu pedih apa yang aku rasa tapi aku percaya yang menanggungnya pasti lebih lagi tersinggung, terkilan dan pastinya lebih pedih dari apa yang aku rasakan ..
Bila aku teringatkan dan memandang abah aku, aku terasa sedih sekali dan ingin sahaja aku memeluknya dan berkata padanya ..
Abah, cukuplah .. kenanglah apa yang orang perlakukan pada kita, time abah senang dulu, sehingga ke masa abah susah dan sekarang kembali senang ...Demi Allah, aku betul-betul terkilan dengan sikap manusia, dulu masa abah aku senang orang hormat dia, orang pandang dia, bercakap dengan dia pun berlapis tapi apabila time abah aku susah, perubahan sangat ketara aku lihat, tiada lagi macam dulu ...
Kini, alhamdulillah kesenangan kembali balik, walaupun tidak seperti dahulu tapi kami tetap bersyukur. Tapi kini segalanya bagaikan kembali, orang tu datang, orang ni datang .. kenapa? Kenapa time susah dulu jarang tunjuk muka?
Masih segar dalam ingatan aku, semasa mak saudara aku meninggal dulu, abah aku hanya nak pinjam kereta untuk iringin jenazah mak saudara aku balik, bukan nak bawak jenazah dalam kereta tu, tahu apa yang dijawab?
Kereta semua digunakan, carilah kereta lain ..Ya Allah, peritnya hati abah aku. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, tapi sekarang siapa yang mencari siapa pula?
Aku tahu, abah aku juga seperti aku dan dia lebih terkilan dari aku, tapi dia hanya bersabar, bagi dia apa yang dia boleh bantu akan dia bantu tapi bagi aku, aku benci gila pada orang-orang yang perlakukan abah aku seperti itu. Aku ada hak dan aku tidak akan sesekali halalkan ..
Manusia, bila susah dilupakan dan bila senang dicari-cari ...
0 comments:
Post a Comment