ComboFix
Minggu lepas lappy aku dijangkiti oleh Autorun.ink. Semua thumdrive aku dijangkitinya, ni semua netbook adik aku punya pasal. Autorun.ink ni memang gila, korang pakai la antivirus jenis apapun, bila antivirus korang delate benda ni, xsampai 1 saat autorun ni muncul balik.
Aku siap guna software yang kill autorun lagi, macam-macam jenis aku gunakan tapi bila didelate tak sampai 1 saat muncul balik, bayangkan software yang aku gunakan delate autorun tu sebanyak 1123 kali tapi muncul juga, memang bala betul la. Kalau korang nak kenal autorun.ink nk pakai icon tingkap yang ada bulan dan namanya DrivesGuideInfo.ink
Pening giler aku masa tu, tak tahu macam mana nak musnahkan autorun tu. Tapi alhamdulillah, aku jumpe ComboFix. ComboFix ni macam antivirus tapi cara scannya agak macam ketinggalan zaman tapi ComboFix ni memang power gile. Antivirus lain gagal nak musnahkan autorun tu tapi ComboFix ni berjaya hapuskan, rupanya autorun tu ada mak dia, mak dia tu la yang lahirkan balik autorun bila antivurus delatekan (pada pandangan akulah).
Sewaktu aku terkena, punca penyebarannya adalah melalui thumbdrive dan selepas sahaja siap discan oleh ComboFix, aku gunakan Numos Hidden File Tool 1.2.3.4 untuk timbulkan saki baki autorun yang terhidden didalam thumdrive dan delate secara manual supaya ia tidak merebak ke lappy orang lain plak.
Kalau korang terkena dan korang nak musnahkan autorun tu, korang boleh download kat link bawah ni.
Tutorial yang aku ajarkan adalah sepertimana yang aku buat dan sepastinya aku tidak bertanggungjawab jika terjadi kerosakan terhadap lappy korang ek. ComboFix ni tool yang teramat power, sebolehnya jangan gunakan melainkan terpaksa, sebelum korang guna baca ni dulu http://www.bleepingcomputer.com/combofix/how-to-use-combofix
Tutorial dia macam ni :
- matikan antivirus korang
- tutup semua program
- install ComboFix
* biarkan ComboFix scan
* bila complate tanda selesai, log akan muncul
- uninstall balik ComboFix
Cara-cara Uninstall :
*pergi ke Start > Run
*Taip kat box
combofix /uninstall
***Untuk lebih detail sila ke http://www.bleepingcomputer.com/combofix/how-to-use-combofix
0 comments:
Post a Comment