Wednesday, December 28, 2011

Demi Allah Aku Rindu ...


Hari ni dah 28 hari, sudah 1 bulan 1 hari aku tidak dengar kabar berita dari dia, setiap hari teringat pada dia, setiap hari aku usha Facebook dia ..

Bagaimana lagi harus aku buat? 
Apa lagi perlu aku tunjukkan? 
Bagaimanakah lagi perlu aku buktikan?  

Segalanya telah aku luahkan ..

Sunday, December 25, 2011

Bangunkan Aku Dari Tidurku ...



Mungkin tidur aku terlalu panjang sehinggakan aku bagaikan terperangkap didalam mimpiku, terperangkap didalam mimpi yang berulang-ulang, mimpi yang merantai seluruh jiwa aku ..

Bangunkan aku dari tidurku, sedarkan aku dari mimpi yang berulang ini ..

Apakah mimpi yang berulang ini akan sampai penamatnya atau apakah ianya akan kembali berulang dan akan terus berulang sehingga keakhir takdirnya? Segalanya telah tertulis dan aku akuinya segala adalah milikNya dan segalanya adalah kehendakNya ..

Aku cuba mebangunkan diriku dari tidur yang panjang ini dan aku cuba sedarkan diriku dari mimpi yang berulang ini, namun segalanya bagaikan terantai kemas. Rantai yang terlalu kukuh, terlalu berat dan teramat sejuk sehinggakan aku kembali kepada tidur panjangku ..


Bangunkan aku dari tidurku, sedarkan aku dari mimpi yang berulang ini dan lepaskanlah aku dari rantai yang berat ini ..

Kepada siapakah? Tiada siapa yang mampu dan sehingga kini aku masih menyusung doa-doaku ...

Tuesday, December 20, 2011

Kenangan Dihari Lahir Ke-24 ...



Sebelum aku mula merepek dalam ni, pertama sekali aku ucapkan terima kasih kepada semua yang ucapkan Selamat Hari Lahir buat aku ..

Mekasih sangat-sangat ..

Pada 18 hari bulan tu, aku dengan keluarga pergi hantar adik perempuan aku yang pertama ke Politeknik Muadzam Shah so selepas hantar dia, abah aku sewa la hotel kat bandar Rompin tu sebab besok sebelum balik ke Kuala Terengganu, nak jumpa la dulu adik perempuan aku tu ..

Opss sebelum terlupa, aku ucapkan TAHNIAH sebab dapat sambung diploma kat sana ..

Dalam area pukul 7 malam tu aku mula rasa sakit kat bawah tulang rusuk kanan aku ni, ni kali kedua aku rasa sakit, yang pertama dulu masa kat rumah mak saudara aku kat Perlis tapi masa tu tidak la sesakit macam ni (nenek aku duk sapu ubat sampai aku tidur).

Sakit punya sakit, aku tahan la maklum la aku nikan lelaki so sakit sangat pon tak boleh nangis. Adik aku kat katil sebelah duk lena tidur dan aku plak tak tahu nak buat apa, baring sini sakit baring sana sakit, pendek kata memang sakit .. buka Facebook, sempat la menjawab mane orang yang ucap Selamat Hari Lahir kat aku tu, sambil tu aku search la kenapa sakit kat bahagian bawah tulang rusuk kanan .. tak tahu nak baca yang mana sebab sakit sangat aku pun shut down lappy ni ...

Aku bergolek kiri, bergolek kanan, masuk tandas keluar tandas .. sakit makin terasa pulak, aku masej la si Cikgu Aina (kawan kepada ex aku dulu). Aina ni memang baik orangnya, aku banyak mengadu kat dia bila aku ada masalah dan bila aku sakit hati dan geram, kat dia juga la aku lepaskan marah ..

Ina adalah sahabat perempuan terbaik .. teristimewa ..

Aina suruh aku cakap kat abah aku tapi aku ni segan la, maklum la aku ni tidak pernah sakit macam ni, aku bimbang kena tahan kat wad jer, lagilah aku ni ada sulong so aku tak mahu la manja-manja sangat. Aku pon tahan la sampai abah aku call ajak kuar makan, nak tak nak kat bawah hotel aku tanya abah aku kenapa sakit kat bawah rusuk kanan. Abah aku tanya aku sakit ke, aku macam biasa jawab sakit gitu-gitu jer, dalam kereta still lagi tanya .. jawapan aku still sama ..

Sampai kat kedai, pesan makan .. makan belum abis, sakit ni makin menjadi-jadi, aku pergi ke kereta kononnya nak minum air mineral dalam kereta, kantoi ma dengan abah aku ikut so hospital la jawabnya ...

Kena tahan kat wad hampir 2 jam ... (sori aku tidak dapat nak replay masej2 ucapan yang masuk)

Besok kena pergi hospital lagi .. sambung kat Kuala Terengganu pulak ...

Wednesday, November 30, 2011

KENAPA AKU?

Kenapa AKU?

Kenapa aku? Persoalan itu sering kali bermain difikiran aku. Terasa amat sakit sekali dan aku tidak pernah menyakiti orang dan yang paling penting aku tidak pernah menyakiti kau. Persoalan ini aku tujukan kepada kau, hanya kepada kau dan untuk kau ..

Kenapa aku dan kenapa tidak orang lain?
Kau buat aku sakit dan inikah balasan yang aku dapat? Bila aku ingati balik selama setahun ini, makin banyak persoalan yang muncul difikiran aku dan aku terasa sangat sakit, kenapa aku? Bila aku cakap, kau cakap aku mengungkit, demi Allah tidak sedikt pun terniat dihati aku untuk mengungkit tapi aku bercakap supaya kau fahami, supaya kau ingati, supaya kau kenangi dan supaya kau HARGAI aku ..



Kau TIDAK pernah HARGAI aku ..

Aku tertanya-tanya mengapa dahulu tidak kau lari dan mengapa dahulu tidak kau tinggalkan sahaja aku, sedangkan dahulu sewaktu masalah yang pertama kali dahulu kau mempunyai peluang yang cukup untuk tinggalkan aku? Sebaliknya kau kembali dan kau buat aku semakin berharap ..

Kenapa aku? Jika kau tidak dapat menerima aku mengapa kau masih dengan aku dan seolah-olah aku ni orang yang penting bagi kau ataupun aku ni hanya sekadar tempat untuk kau bersandar? Kau tahu dan kau sedar yang aku dah banyak berkorban demi kau? Kau hanya mempergunakan aku sahaja, kau bagi aku harapan dengan mempergunakan aku, kau pergunakan sayang aku pada kau ..

Aku dah banyak berlelah untuk kau dan aku telah kehilangan banyak pekara demi kau. Kenapa aku? Jika kau tidak dapat menerima aku, mengapa kau buat aku berlelah demi kau? Seharusnya dahulu kau tinggalkan aku tapi kau kembali dan buat aku berlelah demi kau, buat aku berkorban demi kau dan sekaligus kau buat aku berharap pada kau. 
Kau permainkan aku dan kau pergunakan aku ...
 Aku BENCI kau ..



Tuesday, November 29, 2011

Aku Takut Ditinggalkan ..

Aku takut ditinggalkan ..

Aku memang takut ditinggalkan terutamanya ditinggalkan oleh orang yang aku sayang, adakalanya aku rasa yang aku ni terlalu tamak, kalau boleh aku tidak mahu sesiapapun tinggalkan aku, kalau seseorang tu telah hadir dalam hidup aku, aku tidak akan sesekali lepaskan ..

Tapi aku ni ada sifat jahat, kalau seseorang tu nak tinggalkan aku, aku akan pujuk dia gila2 dan lepas dia dah aku yakin tidak akan tinggalkan aku, aku pun tinggalkan dia, itupun kalau aku rasa dah tiada apa2 makna lagi, apa yg aku fikirkan ... aku tidak suka ditinggalkan tapi aku akan meninggalkan ...

Kenapa?

Bila ada orang tanya kenapa aku dengan dia, nanti senanglah aku jawab yang aku tinggalkan dia, so tidaklah malu sangat .. hehe jahat!!
 Mudah ..

Tidur & Mimpi* ...

Tidurku tanpa mimpi ..

Mimpi*, aku rasa dah agak lama aku tidur tanpa mimpi, kadang-kadang tu rasa macam tiada perasaan pulak, seperti hati tanpa cinta dan tidur tanpa mimpi ..

Aku ingat last aku mimpi, aku selamatkan seekor kucing dari dipatuk oleh seekor ular tedung, aku lari je kemana pasti ular tu ikut, aku lompat atas atap rumah pun ular tu tetap ikut, aku terbang pun ular tu tetap ikut dan last2 terkejut dari tidur ..

Aku pun tak tahu apa maksud dari mimpi tu tapi selepas mimpi tu, aku lupalah berapa lama selepas mimpi tu, aku ada berjumpa dengan seseorang dan seingat aku, aku sentiasa tolong dia, berkorban demi dia dan aku sanggup berlelah demi dia dan termasuklah tolong dia dalam hal yang besar, kiranya aku berani buat berani tanggunglah ..

Dan apa yang tak bestnya, aku tidak dihargai ...


Sunday, November 27, 2011

27 November 2011

Hari ini genaplah 1 tahun.

Aku masih ingat lagi saat pertama kali bertemu mereka di A26-01 PV12 Danau Kota dan kenangan itu akan kekal didalam ingatan aku buat selama-lamanya, mereka adalah roommate yang paling sporting pernah aku jumpa dan kenangan bersama-sama dengan mereka aku amat sayang ...

Amir, Stanis, Ah Kaw, Wan, Zul dan Aizat, aku sayang korang semua !!

Rahsia Disebalik Gerakan Ekor Kucing ...





Kalau kucing tuu ekor pendek macam mana pulak ek?

365 HARI ...

Thursday, November 17, 2011

Senja Yang Berulang ...


Senja pasti akan berulang dan akan terus berulang, cuma apa yang tidak akan berulang adalah permandangannya senja itu, ia akan terus berlalu pergi, namun senja akan kembali dan terus kembali berulang, berulang berlainan pemandangan dan setiap pemandangan itu akan menjadi satu pengajaran bagi yang memahaminya ..

Wahai kesayanganku, senja akan terus berulang, berulang dan terus berulang, membawa permandangan (pengajaran) yang berbeza dan jangan kau pandang senja kerana keindahan permandangannya (hanya keindahan) kerana jika kau pandang kerana keindahannya, kelak kau akan terpesona, terpesona pada keindahan permandangan yang tidak membawa pengajaran bagi kau .. [ kata Guruku ]

Adakalanya, saat aku keseorangan, aku memandang pada senja, keindahannya cukup membuatkan aku terpaku dan aku terus memerhati keindahannya dan sehingga senja pergi dan malam menggantikannya dan apa yang aku dapat hanyalah kenangan keindahannya, terpesona dengan keindahan permandangannya ..

Wahai kesayanganku, pengajaran selepas pengajaran itu hanya akan membuat kau menggulanginya kembali, kerana manusia kebiasaannya akan melupakan pengajaran yang datang selepas pengajaran. Sesungguhnya pengajaran didalam pengajaran itu adalah lebih baik kerana ianya akan mengajari kau erti sebuah pengajaran yang sebenar-benarnya .. [ kata Guruku ]

Selepas senja berlalu pergi, aku mula memikirkan dan terbayang-bayang dengan keindahan senja itu. Aku cuba mengutip pengajaran yang aku dapati daripada senja itu dan aku cuba kembali pada saat senja itu dan apa yang hanya aku dapati darinya hanyalah sekadar kenangan, kenangan yang tidak dinikmati sewaktu ia berdamping ..

Wahai kesayanganku, keindahan itu ibarat seperti bunga, baunya mampu membuatkan kau terpesona dan selepas kehilangan baunya, kau akan teringat-ingat akan baunya dan kau akan berharap dapat kembali pulang kepada saat kau menghidunya, sedangkan saat itu telah berlalu dan kau masih berharap dapat menghidu baunya dan kau berharap dapat memetik bunganya ..
Wahai kesayangaku, sesungguhnya pengajaran selepas pengajaran itu hanya akan membuatkan kau kembali mengulanginya dan sesungguhnya pengajaran didalam pengajaran itu adalah lebih baik bagi kau kerana pengajaran (kesedaran) didalam pengajaran akan membuat kau lebih berhati-hati dan tidak akan membuat kau merasai penyesalan kerana tidak dapat memetiknya ..
Wahai kesayanganku, sesungguhnya setiap pengajaran itu adalah sesuatu yang baik namun didalam dua pekara yang baik pasti ada yang terbaik diantara salah satunya dan apa aku katakan pada kau, kau peganglah. Sesungguh mendapat dan merasi pengajaran didalam pengajaran adalah sesuatu yang sukar, namun perhatikanlah ....... [ kata Guruku ] 

Saturday, November 12, 2011

Tatkala Aku Terlalu Rindu ...


Adakalanya, aku sendiri tidak termampu untuk menahan perasaan tatkala aku terlalu rindu pada kau. Dibantal kau inilah aku rebahkan kepala aku tatkala aku terlalu rindu pada kau. Aku berharap dengan meletakkan kepala aku dibantal ini, akan hilang dan terubatlah ingatan aku pada kau ...

Setiap kali aku merebahkan kepalaku dibantal ini, perasaan aku bagaikan terasa sakit ...

" .... aku salah kerana terlalu berharap pada kau dan kau tidak pernah menghargai aku ... "
Adakalanya, aku berharap dapat lupakan kau, dapat melupakan semua tentang kau tapi setiap kali aku cuba melupakan kau, makin kuat ingatan aku pada kau dan makin sakit yang aku rasakan. Aku terasa selama ini aku disamping kau hanyalah sia-sia dan apa yang aku lakukan untuk kau selama ini hanyalah suatu pekara yang tidak bermakna bagi kau ...

Tatkala aku teringatkan kau, perasaan aku bagaikan meronta-ronta dan terasa amat sakit dan adakalanya aku bagaikan menyesal mengenali kau dan aku bagaikan menyesal berusaha dan berkorban demi kau dan kerana kau juga segala-galanya berubah dan kau tidak sedikit pun menghargai aku ...

Dari dahulu sampai sekarang, aku tetap bersabar dan aku tetap disisi kau saat kau susah dan senang, aku tidak pernah tinggalkan kau.

Demi Allah, jika kau rasa apa yang aku rasa, kau pasti akan merasa menyesal, menyesal kerana tidak pernah dihargai dan aku berharap suatu hari nanti kau akan merasai apa yang aku rasa ...

Aku berharap, aku dapat ucapkan " selamat tinggal " dan tidak akan berpaling lagi seperti dulu ....

Thursday, October 27, 2011

Warkah Akhir Imam Al Ghazali


Imam Ghazali terbangun pada dini hari dan sebagaimana biasanya melakukan shalat dan kemudian beliau bertanya pada adiknya, “Hari apakah sekarang ini?”

Adiknya pun menjawab, “Hari Isnin.”

Beliau kemudian memintanya untuk mengambilkan sajadah putihnya, beliau menciumnya, menebarkannya dan kemudian berbaring diatasnya sambil berkata lirih, “Ya Allah, hamba mematuhi perintahMu,”

… dan beliau pun menghembuskan nafas terakhirnya.

Di bawah bantalnya mereka menemukan bait-bait berikut, ditulis oleh Al-Ghazali ra., barangkali pada malam sebelumnya.

“Katakan pada para sahabatku, ketika mereka melihatku, mati
Menangis untukku dan berduka bagiku
Janganlah mengira bahwa jasad yang kau lihat ini adalah aku

Dengan nama Allah, kukatakan padamu, ini bukanlah aku,
Aku adalah jiwa, sedangkan ini hanyalah selonggok daging

Ini hanyalah rumah dan pakaian ku sementara waktu.
Aku adalah harta karun,hikimat yang tersembunyi,
Dibentuk oleh debu,yang menjadi singgasanaku,

Aku adalah mutiara, yang telah meninggalkan rumahnya,
Aku adalah burung, dan badan ini hanyalah sangkar ku

Dan kini aku bebas terbang dan badan ini kutinggal sbg kenangan
Puji Tuhan, yang telah membebaskan aku

Dan menyiapkan aku tempat di surga tertinggi,
Hingga hari ini , aku sebelumnya mati, meskipun hidup diantara mu.

Kini aku hidup dalam kebenaran, dan pakaian kubur ku telah ditanggalkan.

Kini aku berbicara dengan para malaikat diatas,
Tanpa hijab, aku bertemu muka dengan Tuhanku.
Aku melihat Lauh Mahfuz, dan didalamnya ku membaca
Apa yang telah, sedang dan akan terjadi.

Biarlah rumahku runtuh, baringkan sangkarku di tanah,
Buanglah sang jasad diri, itu hanyalah sebuah kenang2an, tidak lebih

Kesampingkan jubahku, itu hanyalah baju luar ku,
Letakkan semua itu dalam kubur, biarkanlah terlupakan
Aku telah melanjutkan perjalananku dan anda semua ku tinggalkan.

Rumah anda bukanlah tempat ku lagi.
Janganlah berpikir bahwa mati adalah kematian, tidak, itu adalah kehidupan,

Kehidupan yang melampaui semua mimpi kita disini,
Di kehidupan ini, kita diberikan tidur,
Kematian adalah tidur, tidur yang diperpanjang

Janganlah takut ketika mati itu mendekat,
Itu hanyalah keberangkatan menuju rumah yang diberkati ini
Ingatlah akan ampunan dan cinta Tuhanmu,

Bersyukurlah pada KaruniaNya dan datanglah tanpa takut.
Aku yang sekarang ini, kau pun dapat menjadi
Karena aku tahu kau dan aku adalah sama
Jiwa-jiwa yang datang dari Tuhannya

Badan badan yang berasal sama
Baik atapun jahat, semua adalah milik kita
Aku sampaikan pada anda sekarang pesan yang menggembirakan
Semoga kedamaian dan kegembiraan Allah menjadi milikmu selamanya.

Monday, October 24, 2011

Lirik Lagu | Aku Sakit | Wali Band



Aku sakit
Bila menatap matamu
Sadarku bahwa engkau bukan milikku

Aku sakit
Bila ku mengagumimu
Sadarku kau tak pernah mengagumi ku

Bangunkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salah ku paksa kau tuk mengagumi ku

Kau tak tau perasaan ku
Dan ku tak mau kau tau

Aku sakit
Jika kau tau hatiku
Karna diriku tak berarti bagimu

Aku sakit
Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin sungguh tidak mungkin




Saturday, October 15, 2011

Konspirasi Yang Menjadi Satu Persoalan! 7 DISEMBER 2011 ???


Dari sumber :
Laman ini telah dibuat sejak 21-Apr-1995 
oleh MAKE PACE


Kosong, hanya berwarna hitam!


Tekan Ctrl + A


Muncul hitungan masa seperti ini, apakah maksud yang tersembunyi?
7 Disember 2011, mengapa dengan tarikh ini?
Pada siapa-siapa pakar konspirasi, siasatlah ...

7 DISEMBER 2011 ???



Wednesday, October 12, 2011

Buat Duit Dengan ChurpChurp ... Mudah!


Cara-cara :


Korang bawak seorang rakan korang join ChurpChurp ni, korang akan mendapat RM1.00 so cepat2 la korang join, klik http://www.churpchurp.com/Genpaku87/share/churpchurp-invite untuk join dan ajak kawan korang sekali .. hehe dapat RM1.00 untuk setiap orang yang korang dapat joinkan .. try la ..

Bukan itu sahaja, setiap kali link yang korang sharekan diklik samada kat Facebook atau kat Twitter, korang akan mendapat bayaran sebanyak RM0.20 - RM0.40 per klik ... so promote jela link korang http://www.churpchurp.com/Genpaku87/share/CadburySurprise .. http://www.churpchurp.com/Genpaku87/share/CelcomSamsung .....


Over 50 million people in Asia are getting the latest updates from #ChurpChurp! Don't miss out on the fun here!






PERHATIAN! RAMUAN DARI BABI ..


KOD YANG DAPAT DITEMUI DIBAHAGIAN RAMUAN (BAHAGIAN BELAKANG) 
MAKANAN RINGAN


CONTOH - CONTOH :




Banyak lagi makanan ringan yang mempunyai ramuan dari babi, semoga kita dapat menggelak dari memakan makanan-makanan ringan tersebut ..

Tuesday, October 11, 2011

Terasa Hati ...



Aku betul-betul terasa hati dengan kau. Telah lama aku pendam, kini aku tidak lagi dapat menahannya dan kerana itulah salah satu penyebabnya yang membuatkan aku terpaksa tinggalkan kau.

Aku perhatikan sejak dahulu lagi, aku simpan satu demi satu dan sehinggalah kesaat ini. Mengapa buat aku seperti ini? Mengapa bila kau susah baru kau cari aku dan kau bagaikan memberi aku harapan, setelah kau dapat, kau kembali perlakukan seperti aku tidak wujud ...

Kau tahu tak betapa sakitnya aku bila kau perlakukan aku seperti itu? Aku juga punyai perasaan seperti kau, kau hendak ke bila aku perlakukan kau sepertimana kau perlakukan aku? Bila kau perlukan aku, tidak pernah aku menolaknya, aku berusaha untuk kau ...

Tapi kau??

Saturday, October 1, 2011

Bila CINTA Tidak Lagi BERMAKNA ..


Bila cinta tidak lagi bermakna ianya bagaikan seperti pantai yang kehilangan ombak, tiada lagi terdengar desiran ombak yang memanjat kepantai. Jiwa terasa kosong, tiada lagi usaha-usaha untuk meninggikan cinta kerana tiada lagi angin untuk menaikan layang-layang cinta, mungkin itu bagi yang telah berputus harap tapi bagi yang masih berharap, ia akan sentiasa berusaha untuk menerbangkan kembali layang-layang cinta itu walaupun ianya akan membakar diri sendiri.

Segalanya bagaikan telah lenyap, kembali kepada permulaan kehidupan tanpa cinta, terasa kosong dan berlainan walaupun pada hakikat awalnya sebelum cinta, itulah kehidupan kita dahulu tapi mengapa kehidupan yang kita miliki dahulu bagaikan terasa asing? Itulah bisanya cinta ..

Cinta sentiasa bermakna bagi kita, cuma ia bagaikan tidak bermakna apabila cinta kita diasingkan, bagaimanakah bernamanya bulan jika ia diasingkan daripada malam, tentu sekali tiada indahnya pada malam, namun malam bukanlah jiwa dan bulan pula bukanlah cinta ..

Apakah lagi usaha yang dapat kita lakukan jika sememangnya cinta ini tidak lagi bermakna? Sememangnya benar, cinta tidak seharusnya dimiliki tapi apakah mampu kita menanggung keperitan ini? Apakah tiada sedikit penghargaan untuk cinta yang kita berikan selama ini?

KLMU 1


KLMU tetap dihati aku buat selama-lamanya, disanalah tempat bermulanya kenangan yang akan aku ingati buat selama-lamanya. Di KLMU inilah tempat aku bertemu dan disini jugalah tempat aku berpisah dengan rakan-rakan aku, semuanya disebabkan KLMU itu sendiri yang membuatkan pelajar-pelajar mereka lari meninggalkan KLMU ..


PV12 Danau Kota

Di sinilah hostel aku, diblok A-26-01. Tempat yang disediakan oleh KLMU memang best. First time aku berjumpa dengan rakan serumah aku pada 27 November 2010 dan kenangan pertama tu masih lagi segar diingatan aku dan aku akui sememangnya aku amat merindui saat bersama-sama dengan mereka dahulu. 

Amir, Stanis, Ah Kaw, Wan, Zul, dan Aizat. Mereka inilah rakan serumah aku yang pertama sekali, kenangan  bersama-sama dengan mereka semua memang best gila. Kami mengharungi masalah bersama, bertahan bersama dengan perangai jiran bawah yang suka melawat kami pada waktu malam dengan singlet dan boxers ..






Dia ingat kami bayar sewa guna duit bapak dia, senang-senang je dia duk merayau dalam bilik-bilik kami  ..

Thursday, September 29, 2011

Potong Kuku IKUT SUNNAH NABI

Monday, September 19, 2011

Pilihanku ...


Dipersimpangan ini, aku bagaikan tidak dapat untuk membuat pilihan. Apakah yang harus aku pilih? Apakah pilihan aku nanti? Apakah ianya akan menjadi satu keputusan yang terbaik bagiku?

Teruskan bersamanya ataupun aku harus meninggalkannya?

Jika aku meninggalkannya, aku telah memungkiri janji-janji aku kepadanya. Bagaimanakah dia bila aku tiada untuk menyokongnya lagi? Apakah aku sanggup, mampu dan selesa tanpa dia?

Jika aku bersamanya, mampukah aku bertahan?

Segalanya bagaikan dilema bagi aku. Telah panjang aku fikirkan. Dulu juga aku tanpa dia, bersamanya juga bagaikan tidak bersamanya tapi aku terlalu sayang untuk tinggalkan dia. Aku selalu risaukan dia, aku takut bila nanti dia ada masalah, dia tiada tempat untuk berkongsi dan meminta pertolongan.

TAPI, selagi aku bersama dengan dia, aku yang akan menanggung sakitnya ..

Semoga pilihan yang bakal aku buat adalah pilihan dan keputusan yang terbaik bagi aku ...

Thursday, September 15, 2011

Kerana aku seorang LELAKI ...


Kerana aku seorang lelaki dan kerana itu aku dibiarkan begini, bersendirian tanpa penerimaan dan mungkin hanya ini yang layak kerana aku seorang lelaki. Kerana kau, aku sentiasa disini, kaku bersendirian dipersimpangan diantara dua jalan.

 Apakah sememangnya dipersimpangan diantara dua jalan ini yang ditakdirkan untuk menjadi penghentian bagi aku? Apakah aku tidak mampu dan tidak mempunyai kekuatan untuk meninggalkan keresahan ini? Apakah ini kerana janji aku sendiri yang mengurung dan merantai aku disini?

Jika aku kekal disini, kesakitan ini akan terus aku rasai dan jika aku memilih meninggalkan kau, apakah aku akan bebas dari keresahan ini, keresahan tanpa kau? Apakah aku akan selesa dengan perjalanan yang tiada kau?

Apakah tiada sedikit pun ruang untuk aku pada kau? Apakah kau sanggup melihat aku bersendirian dipersimpangan diantara dua jalan ini? Apakah tiada secebis perasaan simpati kau kepada aku? Apakah tiada sedikit pengorbanan untuk aku?

Aku sentiasa disamping kau, tiada pernah aku meninggalkan kau dan dari dahulu sehingga saat ini aku masih disamping kau, aku tidak pernah berubah.

Apakah kau mampu lakukan seperti aku lakukan? Apakah kau mampu berada ditempat aku?

Sunday, August 14, 2011

Jika Telur Ada Perasaan ..

 SEDAPNYA TELUR

 SAYANG TELUR

 TELUR TERSILAP TELUR

 ADUH! TELUR KENA KETUK

 MAK AII! TELUR PECAH, MATI LA

 TIDAK! TELUR PECAH

 TIDAK! JANGAN CUCUK, SAYA TELUR BELUM MASAK

 TIDAK! TAKNAK JADI TELUR REBUS

 OH! TELUR KEMALANGAN

 MAAF! TELUR SALAH MASUK

TELUR PUTUS CINTA, TELUR HAPPY GILA, OPSS! TELUR MERENG

 TIDAK! JANGAN GORENG KAMI

APA TENGOK2? MAKAN KAMI LAGI
Powered by Blogger.

Blogger templates