Thursday, February 4, 2010

Dihimpit Sepi Yang Kelam


Dikala sepi yang kelam datang menghimpit. Hati ini terasa kontang dan akal ini terasa kusut. Keresahan datang melanda seperti ombak yang menghempas pantai. Terasa diri ini amat gelisah, kegelisah yang bagaikan tiada penghujungnya. Aku bagaikan kehilangan arah. Akalku tidak lagi mampu berfikir, hatiku tidak lagi mampu berkata-kata dan nafsuku sepi bagaikan tidak wujud.

Kesepian ini membuatkan aku buntu. Bagaikan esok tiada mengantikan hari ini. Aku termenung tanpa sebarang bicara. Hati, akal dan nafsuku bagaikan dibelenggu sehinggakan mereka tidak mampu berbicara lagi.

Aku tidak mampu untuk menceritakan dan mengambarkan keadaanku waktu ini. Aku bagaikan keseorangan. Bagaikan hanya aku sahaja yang wujud didunia ini. Keresahan yang tidak dapat aku gambarkan. Aku menuruti keadaan ini tanpa sebarang cubaan. Aku biarkan diri ini dibawa arus dan aku biarkan diri ini dihimpit sepi yang kelam agar perjalanan kehidupan ini tersusun seperti yang dinyatakan.

Tatkala sepi yang kelam ini menuju keakhir ujiannya. Hatiku mula berbicara. Mengetuai akal dan nafsu. Hatiku ini membicarakan segala pekara yang telah aku laku. Mempersoalkan dosa-dosa yang aku lakukan. Nafsuku turut menemplak diriku dan berbicara dengan hati bagaikan mereka sependapat sejak dahulu lagi. Akalku membisu bagaikan tiada pendapat, bagaikan kosong dan hanya mampu mendengar bebelan mereka berdua. Apakah ammarah telah bertukar sehinggakan sependapat dengan hati ataupun hanya sekadar bermuka untuk memerangkap hati supaya terjerumus kepadanya?

Aku binggung! Segalanya bagaikan terhenti dan aku bagaikan terikat. Aku kaku diadalam diriku sendiri. Bicara mereka terlalu dalam sehinggakan akal tidak mampu untuk memahaminya. Segala yang dibenarkan hati diakui benar oleh nafsu. Apakah penasihatku telah kembali kepadaku seperti dahulu??

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Blogger templates