Sepertimana hari-hari yang telah berlalu. Tatkala menjelmanya malam hatiku sentiasa dilanda gelisah. Gelisah yang tiada berpenghujung dan sentiasa berkunjung meresahkan hatiku.
Dikamar yang sepi inilah aku sentiasa termenung. Kadang-kadang aku memandang papan notaku. Melihat kalendar sambil menghintung hari demi hari. Hidup ini terasa amat panjang. Umurku telah melebihi umur dunia. Telah terlalu lama aku hidup sehinggakan masa tidak dapat menghintung usiaku yang sebenarnya. Bisakah masa menentukan usiaku walhal wujudku sebelum wujudnya masa lagi ...
Aku cuba melebarkan penulisanku. Cuba menceritakan dan mengambarkan perasaanku saat ini namun semuanya hanya sia-sia kerna rahsia yang terkandung ini tidak mampu dibicarakan. Rahsia ini amat berat bila cuba ditimbangkan dengan akal malahan bertambah bergelora bila nafsu turut cuba manampung rahsia ini.
Aku terasa semakin binggung. Jari-jariku bagaikan kaku dan tidak mampu untuk manaip lagi. Akalku buntu untuk melahirkan kata-kata. Nafsuku membisu seribu bahasa. Hanya menantikan bicara hati. Biar ia meluahkan segala-galanya agar ia tenang. Namun hatiku ini tetap juga membisu. Bagaikan celaru dilanda gelisah. Terlalu banyak pekara yang ingin dibicarakan sehingga ia tidak mengetahui yang mana perlu diluahkan ..
Kadang-kadang hatiku ini mendesakiku dengan pekara dan bicara-bicara yang dalam namun kebelakangan ini hatiku sentiasa merintih dan merayu kepadaku agar aku memahaminya. Bukan aku tidak memahaminya. Aku amat memahaminya dan terlalu memahaminya tetapi aku tidak mampu menuruti lagi impian dan kehendaknya. Aku terlalu kerdil untuk itu semua! Aku tidak mampu menolongnya. Aku(jiwa) sentiasa gelisah. Aku tidak berkemampuan untuk memilikinya!
Tatkala ini aku hanya mengharapkan ketenangan. Melupakan segala kehendak-kehendak duniawi. Aku telah letih dan teramat letih! Memikirkan pekara ini membuatkan aku letih, membuatkan aku kaku dan yang pastinya membuatkan aku sengsara! Sengsara yang teramat sangat! Kepedihan yang tidak tertanggung rasanya!
Kepada siapakah lagi harus aku merayu? Aku malu untuk meminta kepada Allah. Terasa diriku ini teramat hina! Malu untuk memanjangkan doa kepada Allah. Aku teramat malu untuk meminta sesuatu yang berkaitan dengan perasaan duniawiku ini!
Wahai KhaliQ hamba! Teguhkanlah hamba dan hamba memohon bersihkanlah hati ini daripada segala cinta duniawi dan kekakanlah hamba didalam agama-Mu! ....
Nafsuku yang tadi hanya membisu kini membentak-bentak aku dengan bebelan-bebelan yang dalam. Aku tidak kisah jika nafsuku ini mengatakan aku tidak layak untuknya. Aku hanya mampu berserah dan sememangnya aku tidak mampu untuk menuruti kehendak hati ini. Aku cukup hairan dengan kau wahai amarah! Adakalanya kau tidak sehaluan dengan hati dan adakalanya kau cukup sehaluan dengan hati. Persoalan aku kepadamu wahai ammarah, mengapa kau tidak menunjukkan kesungguhanmu untuk mencapai impianmu yang sekehendak dengan hati? Mengapa kerjamu hanya menghina dan mengutuki aku sahaja? Sia-sia kewujudanmu didalam jasabku ini! Kau hanya suara dan kehendak yang bodoh! Kau kawan yang tidak berguna dan kau lawan yang teramat bodoh!
Mengapa kau diam wahai nafsuku? Dimana kata-katamu yang hebat itu? Adakah aku yang tidak layak untukmu atau kau yang tidak layak untukku? Kau bukan sahaja tidak layak untukku malahan kau tidak layak untuk berdampingan dengan hati dan akal sekali! Kau memang ego! Sejak dahulu lagi peribadimu memang terkutuk malahan tika kau berbicara dengan KhaliQ dulu kau telah menunjukkan sikap biadabmu yang terkutuk! Walaupun telah merasai kepedihan neraka, kau tetap tidak berubah! Kau sentiasa bermuka-muka!! .......
Terasa sedikit ketenangan bila aku dapat membisukan nafsu. Namun kegelisan ini tetap terasa. Apakah jenis nasihat yang perlu aku berikan lagi kepada hatiku ini? Aku telah buntu untuk berkata-kata lagi. Sejak tadi lagi akal membisu. Memang patut akal membisu kerna urusan ini terlalu dalam bagi akal untuk berfikir. Akal tidak mampu untuk menanggung bebanan yang berat ini kerana ia hanya cukup untuk urusan duniawi ...
0 comments:
Post a Comment