Kepedihan ini mengajari aku erti sebuah kesabaran. Setiap pekara yang menimpa sama ada baik mahupun buruk adalah anugerah dan pemberian yang berharga daripada KhaliQ .. setiap pemberiannya mempunyai hikmat.
Kebaikan yang diberi untuk memberikan kedudukan yang baik kepada diri. Tanda kasihnya Dia kepada aku .. mahupun keburukan yang menimpa diri ini tetap jua satu nikmat yang mendatangkan kebaikan .. satu teguran mahupun satu hukuman ..
Mengajar diri melihat kepada kehalusan takdir .. setiap nafas terletak takdir diatasnya .. setiap kedipan mata terletak didalam penguasaan yang Haq ...
Bicara selebar manapun belum mampu membicarakan soal takdir .. setiap pekara yang berlaku telah dilihat dulu .. pedih yang dirasai tapi tiada luka yang kelihatan .. bagaimanakah hendak diubati kepedihan ini?
Saturday, February 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment