Saturday, February 6, 2010

Teguran kepada yang membuat teguran.

Aku ada membaca sebuah blog. Aku melihat ada yang membuat kutukan ditetingkap bicara blog tersebut. Aku cukup hairan bila seseorang yang membuat kutukan dan teguran sedangkan hal yang mereka kutuk atau tegur itu bukan didalam bidang mereka malahan mereka langsung tidak tahu malahan lagi bodoh didalam perihal-perihal tersebut.

Kadang-kadang manusia ini membuatkan diri mereka lebih hina dari kehinaan diri mereka yang mereka sendiri tidak ketahui. Kadang-kadang aku malu bila membaca ayat-ayat kutukan dan teguran bodoh yang mereka tinggalkan. Nampak sangat mereka ini dari golongan yang memalukan diri sendiri. Bagaimana kail yang panjang sejengkal hendak diduga lautan yang dalam? Pekara ini pulak lebih dalam dari lautan dan soal-soal ini pastinya belum tentu dapat mereka fahami dengan jelas dan betul.

Telah nyata kebodohan akal yang mereka miliki. Aku kesian kepada tuan blog tersebut kerana terkena dengan kata-kata bodoh dari yang bodoh. Tuan blog tu seorang yang sabar tapi tidak aku. Aku kurang sabar didalam hal-hal seperti ini kerana aku rasakan ianya telah melampaui batas. Bagi aku, jika kamu tidak mengetahui atau tidak mahir didalam sesuatu hal baiklah kamu dia sahaja. Perbaiki diri kamu sendiri sebelum kamu hendak perbaiki orang lain. Tegur diri kamu dulu sebelum kamu hendak tegur orang lain dulu. Kutuk diri kamu yang hina itu dulu sebelum kamu hendak kutuk orang yang sendiri kamu tidak kenali!

Aku tidak kenal tuan blog tersebut. Malahan aku tidak pernah bertemu dengannya sehingga saat aku manaip kata-kata ini. Aku bukan mempertahankan tuan blog tu tapi aku mempertahankan kebenaran yang hakikat. Aku menegur kepada yang membuat teguran yang bodoh dan penegur yang bodoh! Jika kamu tidak senang dengan penulisannya baik kamu usah baca. Kamu tidak perlu baca dan sememangnya kamu tidak perlu memahami pekara tersebut kerana sememangnya kamu tidak diberikan pandangan terhadap pekara tersebut oleh Allah.

Kamu buat sesuatu yang membuatkan kebodohan dan kejahilan kamu nampak jelas. Kadang-kadang kamu membuatkan aku tergelak seorang diri. Sungguh kelakar dan ini sememangnya lawak yang betul lawak. Lawak menunjukkan kebodohan diri sendiri. Menunjukkan akal kamu yang lemah. Hati kamu yang bisu dan nafsu kamu yang biadab!

Jika kamu masih belum dapat membezakan masin dan pahit kehidupan, usahlah kamu cuba membuat pandai dalam soal yang sememangnya kamu tidak pandai kerana ianya akan membuatkan kamu bodoh dan hina!

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Blogger templates