Setiap manusia pastinya mempunyai angan2 dan impian yang tersendiri. Aku juga tidak terkecuali dari mempunyai angan2 dan impian .. Berbicara tentang angan2 dan impianku ini, aku berbicara tentang duniawi .. angan2 dan impian duniawi ...
Melamar cinta Ketua Bidadara .. tentu pelikkan? Huh! sememangnya pelik bagi yang tidak mengenali aku .. tapi inilah hakikatnya .. aku bergolak antara keinginan akal, hati dan nafsu!
Haruskah aku mendustai diri ini? Aku titipkan kerinduan hati ini kepada Ketua Bidadara dan berharap kerinduanku ini terbalas akhirnya tapi sayangnya .. segalanya dipersia-siakan .. aku dipersendakan!
Kerana dia aku dapat naik dan kerana dia aku jatuh ketempat asalku dan sehingga kini aku masih lagi disini dan tidak mampu berbuat apa2 .. aku berbicara didalam diam .. mengharap bantuan dan pimpinan .. pimpinan penasihatku yang aku tunggukan ...
Saturday, February 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment